web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Terbuka India: Tang Jie-Yen Wei Mara Ke Final

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 Jan 2022 8:47PM

Chen Tang Jie-Peck Yen Wei mara ke final Terbuka India selepas menewaskan senior mereka, Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dalam perlawanan separuh akhir di New Delhi, hari ini. - Gambar dari Facebook BAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Beregu campuran, Chen Tang Jie-Peck Yen Wei mengejutkan bekas senior mereka dalam skuad kebangsaan Tan Kian Meng-Lai Pei Jing dalam pertarungan sengit selama 71 minit untuk mara ke final Terbuka India.

Beraksi dalam separuh akhir pertama mereka di acara Jelajah Dunia Super 500 Persekutuan Badminton Dunia (BWF), pasangan nombor 40 dunia itu menumpaskan pasangan nombor 10 dunia 21-19, 21-23, 21-14 di KD Jadhav Indoor Hall, New Delhi, hari ini.

“Kami sangat gembira dapat memenangi perlawanan ini, ini akan menjadi final sulung acara 500 buat kami. Walaupun kami menang perlawanan hari ini, kami masih perlu belajar lebih banyak lagi daripada mereka dan kami amat hormat terhadap mereka.   

''Untuk final, seperti biasa kami akan berbincang strategi perlawanan kemudian selepas makan malam dengan jurulatih. Selain daripada itu, kami juga akan berbincang dengan senior kami (pemenang pingat perak Olimpik Rio 2016) Chan Peng Soon kerana beliau berpengalaman luas untuk membantu kami menghadapi perlawanan,” kata Tang Jie menerusi suatu pesanan suara.  

Di atas kertas, Juara Antarabangsa Malaysia 2018 itu seharusnya memiliki kelebihan terhadap pasangan di ranking 182 dunia, Terry Hee Yong Kai-Tan Wei Han dari Singapura dalam percubaan untuk merebut gelaran juara utama sulung mereka esok. 

Pasangan Singapura itu mendapat kemenangan tanpa bertanding dalam satu lagi perlawanan separuh akhir selepas Rodion Alimov-Alina Davletova dari Rusia menarik diri setelah Alimov didapati positif COVID-19. - Bernama

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Politik 1 hari yang lalu

Wajah Baharu UMNO Negeri Sembilan, Apakah Masih Dibayangi Pemimpin Dilingkari Kontroversi?

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad