web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Zii Jia, Tepati Ramalan Ke Pusingan Ke-2 Kejohanan Dunia

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2021 8:01AM

Lee Zii Jia - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain perseorangan lelaki utama negara, Lee Zii Jia menepati ramalan apabila mengesahkan tempat ke pusingan kedua Kejohanan Badminton Dunia di Huelva, Sepanyol.

Bagaimanapun, juara All England 2021 itu terpaksa mengharungi 50 minit perlawanan yang berlanjutan hingga set penentuan sebelum mengenepikan cabaran Jason Anthony Ho-Shue dari Kanada yang menunjukkan kebangkitan pada set kedua.

Pilihan keenam kejohanan berusia 23 tahun itu memulakan set pertama dengan menang mudah 21-10, sebelum Jason bangkit memenangi set kedua 21-17.

Zii Jia yang mendapat suntikan semangat daripada jurulatihnya Hendrawan, bermula garang menguasai permainan sebelum menokhtahkan kemenangan di set ketiga  21-11 bagi berdepan pemain Brazil Ygor Coelho.

Turut ke pusingan kedua, pemain profesional negara Liew Daren yang mengalahkan pemain israel Misha Zilberman 21-14, 21-14 dan bakal berdepan sama ada H S Pranoy dari India atau Angus Ang ka Long dari Hong Kong.

Sementara itu, satu lagi kejayaan dilakar kem negara menerusi acara beregu campuran.

Gandingan Hoo Pang Roon-Cheah Yee See menewaskan wakil Belanda Ties Van Der Lecq-Debora Jille 26-24, 21-12 dalam pertarungan selama 42 minit.

Pang Roon-Yee See berdepan tugas berat apabila dijadual bertemu pilihan keempat dari Indonesia Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti yang mendapat ‘bye’ di pusingan pertama. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar