web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bantahan Mercedes Ditolak, Verstappen Kekal Juara Dunia F1

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Dec 2021 7:34AM

Juara dunia F1 2021 Max Verstappen meraikan kejayaannya menjuarai GP Abu Dhabi di atas podium. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

ABU DHABI - Max Verstappen meraih kejuaraan dunia Formula Satu (F1) pertamanya selepas melintasi garisan penamat di GP Abu Dhabi di tempat pertama, tapi hanya selepas dua bantahan daripada pasukan Mercedes ditolak.

Ketika Hamilton tampak seperti akan memenangi perlumbaan dan merangkul kejuaraan dunia kelapannya, Verstappen mengambil kesempatan ke atas kemalangan Nicholas Latifi di lewat perlumbaan.

Verstappen dan Hamilton, terikat dengan jumlah mata yang sama sebelum Abu Dhabi, memulakan semula perlumbaan dengan pelumba dari Briton itu mendahului, tetapi pemandu Red Bull yang berusia 24 tahun itu berjaya memintasnya dan menamatkan perlumbaan sebagai pemenang.

Hamilton selesa dari awal perlumbaan dan tampak seperti akan memecahkan rekod tujuh kejuaraan dunia Michael Schumacher dan menyebabkan ketua pasukan Red Bull Christian Horner untuk berkata: “Kita perlukan keajaiban untuk berlaku”.

Keajaiban itu hadir dalam bentuk Lafifi, yang terbabas dan melanggar dinding keselamatan, Verstappen dengan pantas masuk ke dalam pit dan menukar tayar.

Sebelum kereta keselamatan masuk ke dalam pit dan perlumbaan dimulakan semula, pegawai perlumbaan membenarkan kereta yang ketinggalan pusingan untuk memotong kereta keselamatan.  

Sebelum itu mereka mengumumkan kereta-kereta yang ketinggalan pusingan tidak dibenarkan untuk memotong kereta keselamatan.

Ini menyebabkan Verstappen berada di belakang Hamilton sebelum perlumbaan dimulakan semula.

Apabila perlumbaan dimulakan semula pada pusingan ke-58, pemandu dari Belanda itu menggunakan kelebihan tayar baharunya untuk memintas Hamilton dan menjuarai perlumbaan.

Ketua pasukan Mercedes Toto Wolff mengemukakan rayuan di atas keputusan tersebut, mendakwa peraturan yang mengawal prosedur kereta keselamatan telah dilanggar.

Selepas proses mendengar yang panjang, pegawai perlumbaan menolak bantahan tersebut.

Mercedes kemudian mengumumkan hasrat mereka untuk menentang keputusan itu dan mempunyai 96 jam untuk merasmikan atau menarik balik rayuan rasmi. - AFP

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 19 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad