web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Piala AFF: Safawi Bantu Malaysia Tewaskan Laos

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Dec 2021 8:00PM

Sentuhan Safawi Rasid yang meledak hatrik membantu kejayaan Malaysia menewaskan Laos 4-0, pada aksi Piala AFF 2020 di Singapura, hari ini. - Gambar dari Facebook FAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Aksi cemerlang pemain sayap, Muhammad Safawi Rasid yang meledak hatrik berjaya membantu Malaysia membelasah Laos 4-0 untuk melakar kemenangan kedua berturut-turut dalam Kumpulan B Piala AFF 2020 di Stadium Bishan, Singapura hari ini.

Pujian harus diberikan kepada Ketua Jurulatih Harimau Malaya, Tan Cheng Hoe apabila tindakannya yang merombak bahagian tengah dan serangan, membuahkan hasil apabila Malaysia berjaya menyajikan corak serangan yang lebih efektif dalam pertembungan dengan Laos, berbanding ketika menumpaskan Kemboja 3-1 dalam aksi pembukaan Isnin lepas.

Cheng Hoe menggugurkan Putera Nadher Amarhan Maderner, Muhammad Akhyar Abdul Rashid dan pemain naturalisasi Guilherme de Paula untuk menurunkan pemain sayap sensasi Arif Aiman Mohd Hanapi, Muhammad Mukhairi Ajmal Mahadi dan penyerang kelab Belgium KV Kortrijk, Luqman Hakim Shamsudin hari ini.

Penyokong Harimau Malaya memberikan sokongan ketika Malaysia menentang Laos, hari ini.
Penyokong Harimau Malaya memberikan sokongan ketika Malaysia menentang Laos, hari ini.

Tatkala Laos terlalu ‘ghairah’ mengasak kubu negara dengan melancarkan tiga percubaan ke gawang gol dalam tempoh lima minit pertama perlawanan, mereka akhirnya terperangkap menerusi serangan balas skuad kebangsaan apabila lorongan Arif Aiman dari sebelah kiri padang berjaya ditolak masuk Safawi untuk membuka tirai jaringan pada minit ketujuh.

Tiga minit kemudian, Malaysia sepatutnya berpeluang melebar kedudukan namun tandukan Muhammad Syafiq Ahmad dan tindakan susulan ketua pasukan Mohamad Aidil Zafuan Abd Radzak hanya singgah di palang gol.

Safawi menggandakan jaringan Malaysia apabila tandukannya, hasil sepakan penjuru Arif Aiman dari sebelah kiri padang, menewaskan penjaga gol Laos, Keo Oudone Sovannasangso pada minit ke-34 dan kedudukan itu kekal sehingga separuh masa pertama berakhir.

Bersambung babak kedua, Malaysia yang menghuni ranking ke-154 dunia, terus menekan pasukan bimbingan V. Selvaraj itu dan hampir menambah jaringan namun rembatan deras dari luar kotak penalti oleh pemain tengah berpengalaman Baddrol Bakhtiar sedikit tersasar di sebelah kiri gol pada minit ke-56 manakala sepakan percuma Safawi pula ditepis keluar Keo pada minit ke-59.

Skuad kebangsaan terus buntu untuk mengetuk pintu Laos apabila penyerang Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi, yang masuk menggantikan Luqman, gagal menambah jaringan apabila dua percubaannya dalam masa seminit masing-masing ditepis Keo pada minit ke-72 dan terkena tiang pada minit ke-73.

Namun, pemain pertahanan Shahrul Saad yang naik ke bahagian depan dalam satu serangan balas bijak menghidu hantaran mengelirukan Baddrol untuk tenang menyumbat gol ketiga negara pada minit ke-78.

Safawi kemudian melengkapkan hatriknya yang juga gol keempat peribadinya dalam kempen kali ini, menerusi percubaan leret ke pintu kanan gol lawan dua minit kemudian selepas menyambut hantaran dari tengah padang pemain gantian, R. Kogileswaran.

Kemenangan berharga ke atas pasukan di tangga ke-185 dunia itu sudah semestinya memberikan suntikan motivasi buat Harimau Malaya apabila bakal berdepan juara bertahan Vietnam Ahad ini sebelum menamatkan saingan Kumpulan B menentang Indonesia pada 19 Disember, dengan hanya dua pasukan teratas kumpulan akan mara ke separuh akhir.

Sementara itu, Indonesia memulakan cabaran Piala AFF 2020 dengan langkah kanan selepas menewaskan Kemboja 4-2 dalam satu lagi aksi Kumpulan B di venue sama.

Pemain pertahanan, Rachmat Irianto muncul wira ‘Sang Garuda’ apabila meledak dua gol pada minit keempat dan ke-33 manakala ketua pasukan Evan Dimas dan pemain sayap Ramai Rumakiek turut menemui sentuhan jaringan, masing-masing pada minit ke-17 dan ke-54.

Pasukan Kemboja yang menampilkan aksi terpuji dengan corak permainan pantas mereka pula memperoleh gol menerusi tandukan pemain pertahanan Yue Safy pada minit ke-37 dan tonggak serangan Prak Mony Udom pada minit ke-60.

Malaysia kini unggul di tangga teratas Kumpulan B dengan enam mata, diikuti Indonesia yang mengatasi Vietnam menerusi perbezaan jaringan walaupun berkongsi tiga mata manakala Kemboja dan Laos, masing-masing di tangga keempat dan kelima tanpa sebarang mata. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad