web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Perak Pertahan Kejuaraan Piala Tun Abdul Razak

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Nov 2021 7:59AM

Pemain hoki Perak, Mohamad Izad Hakimi Jamaluddin menunjukkan pingat serta replika cek selepas memenangi gelaran 'Player of The Match' pada perlawanan akhir Kejohanan Hoki Piala Tun Abdul Razak 2021 di Stadium Hoki Bukit Jalil, malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Juara bertahan Piala Tun Abdul Razak, Perak berjaya mempertahan gelarannya dalam kategori lelaki selepas menewaskan Pahang 2-1 pada perlawanan akhir yang berlangsung di Stadium Hoki Nasional, Bukit Jalil di sini malam tadi.

Kemenangan malam ini di hadapan kira-kira 1,000 penonton memastikan Perak muncul sebagai pasukan kedua paling berjaya pada kejohanan itu apabila merangkul 11 kejuaraan di belakang Kuala Lumpur(16 kejuaraan) dan mengatasi Selangor yang merupakan juara 10 kali.

Pada perlawanan yang sengit itu, Perak mendahului menerusi jaringan Muhammad Akram Hakkam Jamaluddin pada minit kelima.

Bagaimanapun, Pahang menyamai kedudukan apabila penjaga gawang Perak Mohamad Fahmi Azahar Ruddin gagal menghentikan pukulan tinggi melepasi kepala Ismail Abu pada minit ke-37.

Saiful Shahril Saiful Bahri kembali meletakkan Perak di hadapan menerusi pukulan sudut penalti pada minit ke-44 .

“Saya memberi kredit kepada para pemain yang bermain bersungguh-sungguh dan mengikut perancangan pada malam ini untuk mempertahan kejuaraan. Kita memang tidak mahu membawa perlawanan sehingga penentuan pukulan penalti walaupun dah bersedia dari awal.

“Walaupun membariskan ramai pemain muda, kita dah buktikan bahawa masih memiliki bakat untuk pertahankan gelaran,” kata Jurulatih Perak Abdul Sukur Adam kepada pemberita selepas perlawanan.

Terdahulu, juara empat kali Melaka mengesahkan kedudukan di tangga ketiga selepas menewaskan Terengganu 3-0 dalam aksi penentuan tempat ketiga dan keempat.

Juara membawa pulang pingat, trofi dan wang hadiah sebanyak RM30,000 manakala naib juara dan pemenang tempat ketiga masing-masing menerima RM20,000 dan RM10,000.

Sementara itu, Kuala Lumpur (KL) mengungguli kategori wanita selepas menewaskan juara bertahan Pahang 1-0 di venue sama sebelum itu.

Kebuntuan kedua-dua pasukan mencari gol sehingga suku terakhir perlawanan berakhir selepas Nur Syaza Afiqah Safawi menjaringkan gol kemenangan pada minit ke-53 sekali gus membantu KL menjulang kejuaraan kedua sejak kategori diperkenal pada 2016.

“Sebenarnya kelebihan ada pada kedua-dua pasukan, benteng pertahanan Pahang juga sangat kebal. Banyak peluang kita dan 11 pukulan sudut penalti tidak dapat disempurnakan oleh kita tetapi akhirnya anak buah saya berjaya menjaringkan gol selepas menggunakan peluang yang terhidang dengan baik,” kata jurulatih KL A. Kannagi.

Sementara itu, Pulau Pinang mengatasi Melaka 2-1 untuk mengesahkan kedudukan di tempat ketiga bagi kategori sama.

Juara membawa pulang pingat, trofi dan RM15,000 manakala naib juara dan pemenang tempat ketiga masing-masing menerima RM10,000 dan RM5,000. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar