web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Piala Malaysia: KL City FC, Melaka United FC Ke Separuh Akhir

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Nov 2021 7:37AM

Gelagat penyokong KL City FC yang merempuh masuk ke padang ketika meraikan kemenangan pasukan mereka selepas menewaskan Selangor FC pada suku akhir kedua Piala Malaysia 2021 di Stadium Kuala Lumpur, malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kuala Lumpur City FC mencipta sejarah apabila mara ke pentas separuh akhir Piala Malaysia buat kali pertama sejak 1992 selepas menewaskan Selangor FC 1-0 pada aksi suku akhir kedua di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras, malam tadi.

Keputusan itu menyaksikan skuad The City Boys mencatatkan kemenangan dengan agregat 3-0 selepas mendominasi pertembungan 'derby' Lembah Klang pada suku akhir pertama di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) dengan keputusan 2-0, Ahad lepas.

Pemain import dari Colombia Romel Morales meledak gol tunggal perlawanan yang juga jaringannya yang ke-10 dalam kempen Piala Malaysia pada minit ke-51, selepas tidak dikawal dalam kawasan kotak penalti Selangor, dengan mudah menampan bola ke gawang menewaskan Mohd Khairulazhan Mohd Khalid.

Menanti KL City FC di separuh akhir adalah Melaka United FC yang mengesahkan kemaraan dengan keputusan agregat 3-1 mengatasi Sabah FC selepas melakar kemenangan 2-1 pada aksi di Stadium Hang Jebat.

Pasukan bimbingan Zainal Abidin Hassan turut mencatat sejarah tersendiri apabila kejayaan itu menyaksikan skuad Sang Kancil buat julung kali mara ke peringkat empat pasukan terbaik kejohanan bola sepak tertua di Asia Tenggara itu.

Skuad tuan rumah membuka tirai jaringan seawal minit ketiga menerusi rembatan jarak jauh penyerang import dari Brazil Adriano Narcizo, namun terpaksa menunggu hingga separuh masa kedua untuk selesa mendahului 2-0 hasil jaringan bintang pasukan Sony Norde pada minit ke-78.

Sabah FC kendalian Datuk Ong Kim Swee mendapat gol sagu hati pada masa kecederaan babak kedua perlawanan menerusi sepakan penalti disempurnakan kapten pasukan Riso Mitrevski selepas Che Rashid Che Halim menjatuhkan Jenius Karib dalam kawasan berbahaya.

Pencapaian terbaik pasukan Melaka United FC dalam kempen Piala Malaysia adalah mara  ke suku akhir pada 2017 dan 2019.

Sementara itu, jaringan pada minit ke-40 bintang muda Johor Darul Ta'zim (JDT) Arif Aiman Mohd Hanapi membawa skuad Harimau Selatan ke aksi separuh akhir dengan keputusan agregat 1-0 menewaskan Kedah Darul Aman (KDA) FC.

Kemenangan di Stadium Sultan Ibrahim, Iskandar Puteri itu membolehkan JDT meneruskan misi mempertahankan mahkota kejuaraan dimenangi pada edisi 2019 sekali gus menambah koleksi kejuaraan musim ini selepas turut memenangi Piala Sumbangsih dan mengungguli saingan Liga Super.

Di separuh akhir, JDT akan membuat perhitungan menentang finalis edisi 2018 Terengganu FC (TFC) yang merakam kemenangan 4-2 ke atas naib juara Liga Premier 2021 Sarawak United sekali gus mara dengan keputusan agregat 6-3.

Pada aksi di Stadium UiTM, Shah Alam itu, TFC cemerlang mendahului 3-0 di separuh masa pertama menerusi jaringan Jordan Mintah seawal minit kedua diikuti Muhammad Faisal Abdul Halim (minit ke-12) dan Muhammad Faiz Mohd Nasir sebelum kedua-dua pasukan berehat.

Bersambung babak kedua, Mintah mencetak gol peribadi keduanya malam ini pada minit ke-64, namun hasrat TFC meraih kemenangan bersih tidak kesampaian apabila Sarawak United berjaya meledak dua gol masing-masing menerusi Sandro da Silva pada minit ke-70 dan Uche Agba pada minit ke-89.

Aksi separuh akhir pertama dan kedua masing-masing berlangsung pada 22 dan 26 November.

KL City FC terlebih dahulu akan melayani kunjungan Melaka United FC di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, Cheras sementara JDT bertandang ke Terengganu berdepan cabaran TFC untuk aksi pertama. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

PDRM Buka Siasatan Tatatertib Terhadap Anggota Didakwa Hina Penduduk Tempatan di China

oleh Amirah Abu Bakar