Berita Terkini

3 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 4 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


KL City Pesta Gol, Tewaskan Sarawak 4-0

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 31 Oct 2021 8:54AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kuala Lumpur (KL) City FC menggamatkan kepulangan semula penyokong ke Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur, di sini, dengan bergaya selepas membelasah Sarawak United FC, 4-0, seterusnya merampas kedudukan teratas Kumpulan A saingan Piala Malaysia 2021, malam tadi.

KL City yang mendominasi babak pertama memperoleh gol pembukaan menerusi hantaran cantik J Partiban yang disudahkan melalui sepakan leret pemain import Romel Morales pada minit kesembilan.

Tiga minit kemudian, pemain Colombia berusia 24 tahun itu sekali lagi menjadi duri dalam daging buat Sarawak United apabila tandukannya, hasil daripada sepakan penjuru sebelah kiri kapten pasukan Paolo Josue, membantu tuan rumah untuk menamatkan aksi separuh masa pertama dengan kelebihan dua gol tanpa balas.

Bersambung babak kedua, Paolo sekali lagi menjadi arkitek KL City apabila lorongan mengelirukanya berjaya memerangkap benteng pertahanan pelawat, dihidu Partiban untuk tenang menyudahkan gol ketiga pada minit ke-54 sebelum rembatan padu Ryan Edward Lambert menambah derita lawan untuk gol keempat, lima minit kemudian.

Sarawak yang cuba melancarkan serangan berpeluang memperoleh gol sagu hati namun sepakan penyerang import, Uche Agba pada minit ke-86 ditangkap kemas oleh penjaga gol Kevin Ray Mendoza dan kedudukan itu kekal sehingga perlawanan tamat.

Aksi di Stadium Darul Makmur, Kuantan pula menyaksikan dua jaringan Abdul Malik Mat Ariff masing-masing pada minit ke-11 dan 55 membantu Sri Pahang FC membenam Penang FC 4-0.

Dua lagi jaringan skuad kendalian Dollah Salleh itu dihasilkan oleh Manuel Federico Hidalgo pada minit ke-47 dan Abubakar Yakubu melengkapkan malam indah buat Sri Pahang menerusi gol keempat pada minit ke-72.

Kejayaan KL City FC menyaksikan mereka kini mengumpul tujuh mata untuk memimpin Kumpulan A, manakala Sarawak di kedudukan kedua dengan enam mata diikuti Sri Pahang dengan tiga mata dan Penang FC pula di kedudukan tercorot dengan satu mata.

Sementara itu, Terengganu FC mengekalkan rekod bersih mereka apabila melakar kemenangan ketiga berturut-turut dengan mengatasi Perak FC 4-1 di Stadium Perak, seterusnya menerajui Kumpulan B dengan sembilan mata.

Gol Terengganu disumbangkan oleh Mohamad Faisal Abdul Halim pada minit kesembilan, diikuti gol sendiri oleh pemain tuan rumah, Mohamad Danish Haziq Saipul Hisham dan Lee Tuck mencuri tumpuan apabila meledak dua gol pada minit ke-54 dan 83 manakala Sergio Aguero menghasilkan gol sagu hati Perak pada minit ke-24.

Juara 33 kali, Selangor FC pula berpesta gol apabila membelasah Kuching City FC 5-1 pada satu lagi aksi Kumpulan B di Stadium Majlis Perbandaran Petaling Jaya.

Pemain import Myanmar, Hein Htet Aung meledak gol pertama tidak sampai seminit perlawanan berlangsung sebelum sepakan penalti Michael Ijezie menyamakan kedudukan buat pelawat pada minit ke-10.

Penyerang, Ahmad Danial Ahmad Asri meletakkan tuan rumah kembali di depan pada minit ke-60 diikuti jaringan penalti, Muhammad Safuwan Baharudin pada minit ke-66 sebelum Ahmad Danial sekali lagi menggegar jaring pada minit ke-80 dan pemain gantian Muhammad Shahrel Fikri Md Fauzi menutup malam cemerlang Selangor FC menerusi gol kelima pada masa kecederaan.

Kemenangan dilakar Selangor menyaksikan The Red Giants kekal di tangga kedua dengan enam mata, diikuti Perak FC di tempat ketiga dengan satu mata dan Kuching City FC di kedudukan terakhir kumpulan juga dengan satu mata. - Bernama

Sorotan

1

Kempen PRK KKB: Semua Pihak Diingatkan Tidak Sentuh Isu 3R - Fahmi

2

Genting Malaysia Nafi Babit Bincang Mengenai Kasino Di Forest City

3

Akta Laut Wilayah Masih Sah, Terpakai Termasuk Di Terengganu - PMO

4

PM Akan Hadir Forum Ekonomi Dunia Di Riyadh Dalam Lawatan Kerja

5

Kemenangan Ke Atas Hong Kong Lonjak Keyakinan Kem Perseorangan - Jun Hao

6

Misi Gaza Freedom Flotilla Ditangguhkan, Peserta Dinasihat Pulang - Ann Wright

7

Kerajaan Tidak Bercadang Gantung Sementara Perkhidmatan Helikopter Jenis Fennec, HOM

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

Semasa 1 hari yang lalu

Bekas Isteri Didakwa Bunuh Nurman

Semasa 17 jam yang lalu

Tiada Tepung Di Pasaran Tempatan Mengandungi Benzoil Peroksida Melebihi Kadar Dibenarkan - KKM

Semasa 1 hari yang lalu

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM