web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lee Zii Jia Buru Keputusan Positif Di Basel

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Feb 2021 2:35PM

Lee Zii Jia - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Selepas bergelut mencapai tahap prestasi terbaik, pemain perseorangan lelaki utama negara Lee Zii Jia merasakan beliau perlu membuat sesuatu pada dua pertandingan utama di Eropah bermula dengan kejohanan badminton Terbuka Switzerland di Basel pada 2 hingga 7 Mac ini.

Secara peribadi, Zii Jia yang enggan meletakkan tekanan terhadap dirinya pada kejohanan berstatus Super 300 itu, mengintai peluang memperbaiki pencapaian dalam dua kejohanan terdahulu dan tampil dengan permainan lebih kemas bagi meraih keputusan positif.

Ketiadaan jurulatih perseorangan lelaki Datuk Tey Seu Bock di Switzerland tidak menjejaskan tumpuan pemain berusia 22 tahun itu yang optimis mampu bekerjasama dengan baik bersama Pengarah Kejurulatihan Persatuan Badminton Malaysia (BAM) Wong Choong Hann.

“Memang saya rasa kena ada keputusan yang baik di Eropah tetapi pada masa sama saya juga tidak mahu memberi tekanan berlebihan kepada diri sendiri. Saya akan berusaha sebaiknya dan yang penting sekarang saya sedang mencari kesesuaian corak permainan, itu paling penting.

“Kita tidak boleh buat apa (ketiadaan Seu Bock) kerana ia pada saat-saat akhir, di sana juga masih ada jurulatih Choong Hann dan kita telah berbincang banyak perkara. Saya rasa tiada masalah bersama jurulatih Choong Hann di sana,” katanya dalam klip video disediakan BAM, hari ini.

Zii Jia yang diletakkan sebagai pilihan kedua kejohanan merupakan antara anggota kontinjen badminton negara berlepas ke Basel lewat malam semalam dalam usaha memperbaiki kedudukan ranking masing-masing.

Katanya, ketiadaan ramai nama besar badminton dunia pada kejohanan tersebut perlu dimanfaatkan bagi memburu mata untuk mencerahkan peluang menempah slot ke temasya Sukan Olimpik di Tokyo pada Julai.

“Harap ini menjadi satu peluang terbaik untuk kita bangkit semula sebab ramai pemain yang menduduki ranking teratas tidak sertai. Jadi bagi saya ini satu peluang bagus untuk kita meraih mata bagi melonjakkan kedudukan ranking,” tambah beliau.

Selepas tamat Terbuka Switzerland, skuad badminton negara akan menyertai kejohanan berprestij All-England yang dijadual berlangsung dari 17 hingga 21 Mac di Utilita Arena Birmingham, England.

Bulan lepas, Zii Jia tewas dalam saingan suku akhir dan tersingkir seawal pusingan pertama masing-masing pada Terbuka Yonex Thailand dan Terbuka Toyota Thailand, sebelum persembahan hambar beliau berterusan apabila tewas kesemua tiga aksi pada Jelajah Dunia Akhir Persekutuan Badminton Dunia (BWF).

Zii Jia akan memulakan cabaran di Terbuka Switzerland menentang pemain Korea Selatan Heo Kwang Hee di pusingan pertama sementara pilihan pertama kejohanan dan pemain ranking kedua dunia Viktor Axelsen dari Denmark akan berdepan Jason Anthony Ho-Shue dari Kanada. - Bernama

Sorotan

1

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

2

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

3

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

4

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

5

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

6

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 21 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad