web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Quartararo Rangkul Mahkota MotoGP Pertama Selepas Bagnaia Terbabas

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Oct 2021 8:35AM

Quartararo meraikan kejuaraan dunianya bersama pasukan Yamaha di atas podium di GP Emilia-Romagna. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MISANO - Fabio Quartararo merangkul kejuaraan dunia MotoGP pertamanya selepas seteru utamanya Francesco Bagnaia terbabas daripada GP Emilia-Romagna.

Bagnaia, yang berada 52 mata di belakang Quartararo dengan tinggal baki tiga perlumbaan lagi termasuk di litar Misano ini, sedang mendahului dengan selesa sebelum terjatuh dengan tinggal empat lagi pusingan untuk menghadiahkan kejuaraan dunia kepada penunggang dari Perancis itu.

Penunggang Yamaha yang berusia 22 tahun itu kini mendahului Bagnaia dengan 65 mata, ini bermakna Quartararo tidak boleh dikejar oleh penunggang Ducati itu.

Ini bermakna Quartararo menghadiahkan mahkota penunggang yang pertama kepada pasukannya sejak 2015 dan yang sulung untuk negaranya.

“Ini bukan cara saya mahu memenangi kejuaraan dunia tetapi ini bukan satu-satunya perlumbaan yang kami telah menangi.

“Perjalanan menjadi juara amat luar biasa dan saya memberi persembahan terbaik kerana Pecco (Bagnaia) yang mencabar saya dengan sengit ... saya sangat gembira,” katanya kepada Sky Italia.

Quartararo menangis ketika ahli keluarganya memuji dirinya ketika temu bual tersebut, yang dijalankan dalam bahasa Itali.

Kemenangannya hadir dalam musim ketiganya dalam MotoGP, yang pertama bersama pasukan pengeluar Yamaha selepas berkhidmat dua tahun bersama pasukan satelit SRT.

Dalam 16 perlumbaan musim ini, beliau telah berjaya meraih 10 podium, termasuk lima tempat pertama.

Quartararo meluru daripada permulaan di petak ke-15 untuk menamatkan perlumbaan di tempat keempat di belakang pemenang Marc Marquez yang mengejar Bagnaia dari mula hingga hampir tamat.

Rakan sepasukan Honda Marquez, Pol Espagaro, melintasi garisan penamat di tempat kedua di hadapan penunggang Itali Enea Bastianini.

Rossi menerima trofi penghargaan di akhir GP Emilia-Romagna. - Gambar AFP
Rossi menerima trofi penghargaan di akhir GP Emilia-Romagna. - Gambar AFP

GP Emilia-Romagna ini adalah perlumbaan MotoGP terakhir buat Valentino Rossi di Itali menjelang persaraannya di akhir musim ini dan beliau berjaya menamatkan perlumbaan di tangga ke-10.

Ikon Itali itu melambai ke arah penyokong yang mengibarkan kain rentang yang tertulis mesej berterima kasih ke atas memori yang dicipta bersama.

Juara dunia tujuh kali itu menerima trofi penghargaan atas pencapaiannya dalam sukan ini.

“Terima kasih atas sokongan anda semua selama ini. Perjalanan ini amat panjang dan hebat sekali,” kata Rossi kepada penyokong yang hadir. - AFP

Berita Berkaitan

1

Sukan 2 tahun yang lalu

Keputusan MotoGP Grand Prix Motosikal Malaysia 2023

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Rapid KL Sedia Bas Khas Pada 10 Hingga 12 November Sempena MotoGP

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Kasma Kembali Ke Moto2 Sebagai Penunggang Gantian

4

Sukan 3 tahun yang lalu

Tiket MotoGP: KBS Komited Perjuang Pengurangan Cukai Hiburan

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad