web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Terbuka Denmark: Liew Daren Akan Bertemu Lee Zii Jia

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Oct 2021 12:45PM

Liew Daren - Gambar dari Facebook BAM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pemain perseorangan lelaki negara, Liew Daren memulakan kempen Terbuka Denmark 2021 dengan langkah kanan susulan kemenangan menentang pemain tuan rumah, Hans-Kristian Solberg Vittinghus pada pusingan pertama semalam.

Liew, yang berada di kedudukan ke-37 ranking dunia menghadapi pertarungan 47 minit yang dramatik menentang Hans-Kristian yang menyaksikan beliau mara ke pusingan seterusnya setelah menang 21-18, 23-21.

Bagaimanapun, perjalanan sukar menanti Liew kerana beliau akan berhadapan pemain nombor satu negara, Lee Zii Jia hari ini.

Zii Jia mara ke pusingan seterusnya selepas menang ke atas pemain Taiwan, Wang Tzu Wei 12-21, 21-9, 21-18 semalam.

Bagi kategori beregu lelaki, pasangan nombor 16 dunia, Ong Yew Sin-Teo Ee Yi melangkah ke pusingan kedua selepas beregu Denmark, Joel Eipe-Rasmus Kjaer menarik diri di set kedua walaupun skor terikat 18-18.

Ong-Teo menang pada set pertama ke atas Joel-Rasmus dengan 21-12.

Pasangan negara itu akan bertemu Alexander Dunn-Adam Hall, selepas gandingan dari Scotland itu menewaskan Lucas Corvee-Ronan Labar dari Perancis 21-14, 21-14.

Walaupun mendahului dengan selesa 6-1 pada set pertama, pasangan beregu campuran negara, Goh Soon Huat-Shevon Lai Jemie hanya dapat beraksi tiga minit sebelum lawan mereka, He Ji Ting-Liu Xuan Xuan dari China menarik diri daripada pusingan pertama.

Pilihan ketiga kejohanan, Praveen Jordan-Melati Daeva Oktavianti menanti Goh-Shevon pada pusingan kedua setelah pasangan Indonesia itu mengalahkan Mikkel Mikkelsen-Rikke Soby dari Denmark, 21-15, 21-14.

Dalam perlawanan lain, Chen Tang Jie-Peck Yen Wei gagal dalam misi mereka untuk mencipta kekalahan terhadap pilihan kedua, Dechapol Puavaranukroh-Sapsiree Taerattanachai apabila tewas kepada pasukan Thailand itu dengan 21-16, 23-21. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 minit yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 38 minit yang lalu

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad