web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Status Rashid Sebagai Jurulatih Badminton Para Negara, Jadi Tanda Tanya

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Oct 2021 5:14PM

Rashid Sidek (kanan) bersama dengan Perdana Menteri, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob dan pemenang pingat emas Sukan Paralimpik Tokyo 2020, Cheah Liek Hou semasa sambutan Hari Sukan Negara 2021 (HSN2021) di Kementerian Belia dan Sukan (KBS) hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Status masa depan Datuk Rashid Sidek sebagai jurulatih badminton para negara, masih menjadi tanda tanya sehingga kini.

Rashid, yang kontraknya tamat pada hujung tahun ini memaklumkan beliau masih belum berbincang bersama Majlis Sukan Negara (MSN) berhubung penyambungan kontrak untuk tahun depan.

“Saya mungkin akan mengadakan perbincangan bersama MSN bulan depan mengenai status kontrak sebagai jurulatih para,” katanya ketika ditemui pemberita pada majlis perasmian Hari Sukan Negara 2021 di sini hari ini.

Pemenang gangsa Sukan Olimpik Atlanta 1996 yang mula menjadi jurulatih badminton para negara sejak 2019 itu berkata beliau sememangnya bersedia mencurah bakti sekiranya khidmatnya masih diperlukan MSN.

Jurulatih berusia 53 tahun itu juga berharap dapat mencari pelapis jaguh badminton para negara Cheah Liek Hou yang boleh diketengahkan untuk membawa cabaran negara pada temasya sukan besar atau kejohanan utama badminton para dunia pada masa depan.

Rashid merupakan watak penting dalam membantu jaguh perseorangan bagi kategori SU5 (kecacatan fizikal) Liek Hou melakar sejarah menjadi pemain pertama negara merangkul pingat emas badminton yang pertama kali disenaraikan di Sukan Paralimpik di Tokyo, Jepun bulan lepas.

Liek Hou yang merupakan pemain nombor dua dunia itu menewaskan musuh ketatnya, Dheva Anrimusthi dari Indonesia, 21-17, 21-15 pada aksi yang berlangsung di Yoyogi National Stadium, Tokyo, dalam temasya sukan berprestij itu.

Legenda badminton negara itu pada masa sama memberitahu sedang giat melatih Liek Hou bagi menghadapi temasya dan kejohanan utama seperti Sukan Para Asia 2022 di Hangzhou, China dan Kejuaraan Dunia pada tahun depan.

Sementara itu, Liek Hou menaruh harapan agar MSN dapat menyambung kontrak Rashid sehingga Sukan Paralimpik Paris 2024 di Perancis, tiga tahun dari sekarang.

Memandangkan tiada kejohanan bakal ditempuhinya untuk baki saingan tahun ini, pemain berusia 33 tahun itu sedang berusaha keras dalam sesi latihan bagi memantapkan permainannya untuk tahun depan selain mahu mencuba meraih emas di Sukan Para Asia 2022. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 22 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad