web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Singapura, Tuan Rumah Piala Suzuki AFF 2020

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 28 Sep 2021 9:58PM

Vietnam meraikan kemenangan selepas menewaskan Malaysia pada kejohanan Piala AFF Suzuki 2018 di Stadium My Dinh, Hanoi. - Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Singapura diumumkan sebagai tuan rumah kepada kejohanan bola sepak ASEAN yang paling berprestij Piala AFF Suzuki 2020, yang akan berlangsung dari 5 Disember ini hingga 1 Januari tahun hadapan.

Perkara itu diumumkan secara ringkas dalam Facebook Piala AFF Suzuki hari ini.

Pada 21 September, Presiden Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF) Mejar Jen Khiev Sameth berkata pada kali ini, kejohanan itu akan berlangsung di satu venue berpusat disebabkan ancaman COVID-19, berbanding format kandang dan tandang (home-and-away), bermula dari peringkat awal sehingga perlawanan akhir.

Kejohanan yang sepatutnya dianjurkan hujung tahun lepas, ditunda setahun disebabkan pandemik COVID-19.

Edisi kali ini menyaksikan Malaysia diundi dalam Kumpulan B, bersama juara bertahan Vietnam, dan musuh tradisi Indonesia selain Kemboja dan Laos.

Tuan rumah Singapura akan berada dalam Kumpulan A bersama Thailand, Myanmar, Filipina dan pemenang peringkat kelayakan antara Brunei dan Timor-Leste.

Pasukan kebangsaan menjuarai kejohanan itu pada 2010 dan menduduki tempat kedua pada 1996, 2014 dan 2018, menjadi salah sebuah daripada empat negara yang pernah menjuarai kejohanan dwitahunan itu yang bermula pada 1996.

Thailand menjuarainya sebanyak lima kali (1996, 2000, 2002, 2014 dan 2016), diikuti Singapura empat kali (1998, 2004, 2007 dan 2012) makanala Vietnam dua kali  iaitu pada 2008 dan 2018. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

4 Individu Didakwa Cederakan Pembantu Rumah Warga Indonesia

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 21 jam yang lalu

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar