web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Detik Penuh Magis’: Hamilton Catat Kemenangan ke-100 Di GP Rusia

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 Sep 2021 8:39AM

Hamilton menjadi pelumba pertama mencatat 100 kemenangan dalam F1. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SOCHI - ‘Penuh magis’ begitulah gambaran yang diberikan oleh Lewis Hamilton selepas menjadi pelumba pertama berjaya mencatat 100 kemenangan dalam Formula Satu (F1).

Pelumba yang berusia 36 tahun itu mencapai mercu tanda tersebut dengan melintasi garis penamat GP Rusia di tempat pertama di litar Sochi.

 Hamilton yang berasal dari Britain itu juga kembali mendahului carta kejuaraan dunia pelumba dengan dua mata di hadapan Max Verstappen yang menamatkan perlumbaan di tangga kedua dalam jentera Red Bullnya.

“Ini detik yang penuh magis.

“Saya tidak pernah terbayang yang akan kekal di sini dan mempunyai peluang untuk terus menang perlumbaan dan bersaing dengan bakat yang hebat di lewat kerjaya saya seperti sekarang.

“Saya sangat bangga dengan pencapaian bersama Mercedes, bukan sahaja di atas trek tetapi di luar juga. Ini adalah detik istimewa untuk semua yang terlibat.

“Saya mempunyai pasukan yang paling hebat,” kata Hamilton.

Hamilton menjuarai perlumbaan F1 pertamanya di Kanada pada 2007 pada usia 22 tahun memandu jentera McLaren.

Beliau juga pemenang perlumbaan F1 pertama yang berkulit hitam.

Ketua pasukan Mercedes Toto Wolff berkata pencapaian Hamilton “tidak boleh diterima akal”.

“Pusingan terakhir perlumbaan itu sangat tegang, tetapi kami berjaya membuat keputusan yang betul dan melintasi garisan penamat di tempat pertama.

“Tahniah kepada Lewis  kerana mencapai 100 kemenangan. Apa yang kita saksikan hari ini tidak boleh diterima akan.

“Ia akan sentiasa disebut dalam masa beberapa hari ini dan beberapa tahun kemudian baharu kita akan sedar yang kita terlibat dalam perjalanan ini.

“Satu perjalanan yang tiada pemandu lain pernah harungi. Ini melebihi kemenangan perlumbaan dan kejuaraan dunia, ini adalah aspek kemanusiaan pencapaian ini,” kata Wolff.

Carlos Sainz, yang memandu untuk Ferarri, melengkapkan podium. - AFP

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Lewis Hamilton Melawat SMK Seri Keramat

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kereta Mewah Terbakar, Pemandu Dan Penumpang Terselamat

3

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Aduhhh Jahanam Kereta Gua Brooo

4

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Reka Bentuk Futuristik, Gamit Peminat Mercedes

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 23 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad