Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Sepak Mula Piala Malaysia Saingan Musim 2021, Bermula Esok

Sukan Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Sep 2021 9:16PM

Sepak mula Piala Malaysia esok membangkitkan kembali nostalgia 100 tahun bola sepak negara. - Gambar media sosial

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pejam celik pejam celik, Piala Malaysia yang merupakan kejohanan bola sepak terunggul dan dinanti ramai peminat di negara ini menyambut ulang tahun ke-100 penganjurannya tahun ini, dengan sepak mula saingan musim 2021 bermula esok.

Menyingkap sejarahnya, Piala Malaysia yang bermula dengan Piala Malaya mula dipertandingkan pada awal 1920-an melibatkan negeri-negeri di Tanah Melayu, menyaksikan Singapura muncul juara edisi pertama pada 1921 selepas menewaskan Selangor 2-1.

Pada tahun 1933, Piala Malaya ditukar nama kepada Piala HMS Malaya sempena nama kapal perang British HMS Malaya sebelum pada 1967 trofi kejuaraan tersebut digantikan dengan yang baharu iaitu Piala Malaysia sehingga ke hari ini.

Pelbagai kisah di sebalik penganjuran Piala Malaysia yang juga antara kejohanan tertua di rantau Asia, antaranya Perang Dunia Kedua memaksa kejohanan itu dihentikan dari 1942 hingga 1947 dan disambung semula pada 1948, selain pandemik COVID-19 turut memaksa kejohanan itu dibatalkan tahun lepas.

Selangor menjadi pasukan paling berjaya dalam sejarah penganjuran Piala Malaysia dengan rekod juara sebanyak 33 kali jauh meninggalkan Singapura (24 kali), Perak (lapan kali) dan Kedah sebanyak lima kali.

Pasukan Perak menjadi pasukan pertama menjulang Piala Malaysia di Stadium Merdeka pada 1957 apabila buat julung kalinya perlawanan akhir diadakan di venue itu selepas semua pertembungan final terdahulu berlangsung  di Padang Kelab Selangor yang kini merupakan Dataran Merdeka.

Jaguh badminton negara era 60-an, Datuk Ng Boon Bee pernah meledak 10 gol untuk muncul penjaring terbanyak edisi 1959 bersama pasukan Perak sebelum akhirnya memilih sukan badminton dan membantu Malaysia menjulang Piala Thomas pada 1967.

Pada 1964, Piala Malaysia mencipta satu lagi sejarah terpenting apabila buat kali pertama ia disiarkan secara langsung di televisyen dengan perlawanan akhir dimenangi Singapura sekali gus meraih kejuaraan ke-20 selepas mengatasi Perak 3-2 menerusi dua jaringan pada dua minit terakhir.

Kuala Lumpur menjadi pasukan terakhir mencipta kejuaraan hatrik pada 1987, 1988 dan 1989 dengan menewaskan lawan sama di ketiga-tiga final iaitu Kedah, selain Singapura dan Selangor turut berada dalam senarai pasukan yang berjaya mempertahankan gelaran juara selama tiga tahun berturut-turut.

Pada 1994, Singapura membuat kemunculan terakhir dalam kempen Piala Malaysia dan berjaya menjuarai kejohanan berprestij itu sekali gus mengumpul gelaran juara sebanyak 24 kali, termasuk dua gelaran bersama yang dikongsi bersama Selangor pada 1928 dan 1929.

Stadium Nasional Bukit Jalil yang mempunyai kapasiti melebihi 87,000 tempat duduk penonton julung kali digunakan bagi perlawanan akhir Piala Malaysia adalah pada edisi 1998 yang menyaksikan Perak muncul juara buat kali keenam selepas menewaskan Terengganu menerusi penentuan sepakan penalti.

Pada 1999, buat kali pertama dua pasukan dari Kepulauan Borneo beraksi pada perlawanan akhir  dengan Brunei merangkul gelaran pertama selepas menewaskan Sarawak 2-1 di Stadium Merdeka yang juga perlawanan final Piala Malaysia terakhir diadakan di venue tersebut.

Majlis Perbandaran Petaling Jaya (MPPJ) Selangor di bawah bimbingan bekas pemain kebangsaan Dollah Salleh menjadi pasukan berstatus kelab pertama yang memenangi Piala Malaysia pada 2003.

Aura Piala Malaysia yang cukup dekat dalam jiwa setiap peminat bola sepak tempatan tidak dapat dinafikan.

Ia dibuktikan apabila kira-kira 10,000 penyokong The Red Warriors dilaporkan membanjiri Lapangan Terbang Sultan Ismail Petra, Pengkalan Chepa, bagi menyambut ketibaan Piala Malaysia selepas Kelantan mengatasi Angkatan Tentera Malaysia (ATM) 3-2 di final sekali gus meraih gelaran kedua dalam tempoh tiga musim.

Pada edisi 2013, Pahang berjaya menamatkan penantian selama 21 tahun menjulang Piala Malaysia apabila mengalahkan juara bertahan Kelantan 1-0 di final dan mempertahankan kejuaraan musim berikutnya sebelum Selangor melengkapkan 'Misi 33' pada 2015 selepas menewaskan Kedah 2-0 pada aksi final.

Juara Liga Super lapan kali berturut-turut, Johor Darul Ta'zim (JDT) menjadi pasukan terakhir menjuarai Piala Malaysia pada 2019 sebelum kejohanan itu menerima tamparan apabila saingan yang telah berlangsung terpaksa dibatalkan pada November tahun lalu susulan ancaman pandemik COVID-19.

Bagaimanapun, ulang tahun ke-100 Piala Malaysia pastinya menyaksikan setiap individu yang mempunyai rasa cinta terhadap sukan itu ingin melihat kejohanan berprestij berkenaan berjaya dilangsungkan meskipun ketika ini ia terpaksa dijalankan tanpa kehadiran penonton ke stadium.

Dengan Piala Malaysia 2021 kekal menawarkan slot ke kejohanan Piala Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC) musim depan, setiap pasukan yang memasang impian beraksi di Asia sudah tentu tidak ingin melepaskan peluang keemasan tersebut sekali gus menjadikan saingan musim ini lebih sengit dan menarik.

Mengekalkan format sama iaitu penyertaan 11 pasukan Liga Super dan lima pasukan dari Liga Premier yang dibahagikan kepada empat kumpulan, Penang FC dan Kuala Lumpur (KL) City FC menjadi pasukan pilihan dalam Kumpulan A yang turut dibarisi Sri Pahang FC dan Sarawak United FC.

Kumpulan B pula dianggap kumpulan maut apabila menghimpunkan tiga nama besar dalam kempen Piala Malaysia iaitu Terengganu FC, Selangor FC, Perak FC dan Kuching City FC manakala Kumpulan C bakal dihangatkan Kedah Darul Aman FC, Melaka United FC, Negeri Sembilan FC dan Kelantan United FC.

Sementara itu, JDT akan dicabar Petaling Jaya City FC, Sabah FC dan Kelantan FC dalam saingan Kumpulan D. Kempen Piala Malaysia bermula dengan saingan peringkat kumpulan yang dijadual berlangsung esok sehingga 10 November dan dijalankan secara timbal balik termasuk aksi suku akhir dan separuh akhir sementara final hanya melibatkan satu perlawanan. - Bernama

Sorotan

1

Kerajaan Akan Terus Pantau Kadar Inflasi Susulan Kenaikan Gaji Penjawat Awam - PM

2

Piala Thomas: Malaysia Jumpa Jepun Di Suku Akhir

3

Semakan Gaji Penjawat Awam Adalah Wajar Untuk Hadapi Inflasi – Ahli Ekonomi

4

Tiada Daya Juang Tinggi, Rexy Kesal Dengan Pemain Perseorangan Wanita Negara

5

Sultan Nazrin Dilantik Pengerusi MKI Bagi Tempoh 2 Tahun 

6

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

7

AstraZeneca Akui Vaksin COVID-19, Covishield Mampu Timbulkan Masalah Darah Beku

Disyorkan untuk anda

Semasa 20 jam yang lalu

Agong, Raja Permaisuri Zahir Penghargaan Kepada Warga Pekerja

Semasa 40 minit yang lalu

Kanak-Kanak 9 Tahun Jatuh Longkang Ditemukan Lemas

Semasa 11 jam yang lalu

KESUMA Percepat Penubuhan Suruhanjaya Pekerja Gig, Laporan Interim Jun Ini

Semasa 11 minit yang lalu

Penduduk Luar Bandar Bakal Terjejas, Kerajaan Perlu Tangguh Hapus Subsidi Minyak - GPS

oleh Wartawan The Vibes