web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Chelsea Selesa Tumpaskan Spurs, De Gea dan Lingard Wira United

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2021 8:35AM

Rudiger (kanan) meraikan jaringannya dalam kemenangan 3-0 Chelsea ke atas Spurs. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LONDON - Chelsea menumpaskan Tottenham dengan selesa untuk naik ke puncak Liga Perdana Inggeris selepas menang 3-0 di tempat lawan.

Manakala David de Gea menyelamatkan penalti di waktu kecederaan untuk memastikan tiga mata milik Manchester United dalam kemenangan 2-1 ke atas West Ham, selepas Jesse Lingard kembali ke Stadium London dan menjaringkan gol kemenangan.

Di hari yang penuh dengan emosi di London utara, Chelsea dan Tottenham memberi penghormatan kepada bekas penyerang mereka Jimmy Greaves yang meninggal dunia pada usia 81 pada Ahad.

Beberapa orang legenda Spurs, termasuk rakan sepasukan lama Greaves, Martin Chivers, berbaris di tepi garisan padang untuk menyertai kedua-dua pasukan dan 62,000 penyokong bertepuk tangan selama seminit.

Chelsea menunjukkan naluri penyudah yang menjadikan Greaves penjaring terbanyak Tottenham dengan 266 gol dalam 379 penampilan dari 1961 hingga 1970.

Greaves memulakan kariernya di Chelsea dan menjaringkan 44 gol dalam 57 penampilan bersama England, beliau juga membuat penampilan dalam skuad The Three Lions yang menjuarai Piala Dunia 1966.

Thiago Silva meletakkan Chelsea di hadapan dengan tandukan di minit ke-49 sebelum rembatan jarak jauh N’Golo Kante terkena Eric Dier dan masuk ke gawang Spurs lapan minit kemudian.

Gol pertama Kante sejak Disember 2019 di oleh penyudah kemas Antonio Rudiger di masa kecederaan.

Pengurus West Ham David Moyed, yang cuba untuk membawa Lingard kembali ke Stadium London selepas aksi baiknya musim lepas, menyaksikan pemain simpanan United itu merembat masuk gol kemenangan di minit ke-89.

Bagaimanapun gol itu bukan penamat aksi apabila VAR membuat keputusan yang pertahanan United Luke Shaw sengaja menahan bola dengan tangannya dalam kotak penalti.

Moyes memasukkan kapten The Hammers Mark Noble untuk mengambil sepakan penalti, tetapi de Gea berjaya menepis cubaan itu.

Ini adalah kali pertama penjaga gawang dari Sepanyol itu menyelamatkan penalti sejak April 2016, menamatkan urutan dibolosi 40 penalti untuk kelab ataupun negara.

Sebelum aksi mendebarkan di akhir babak kedua berlaku, Said Benrahma membuka jaringan di minit ke-30 di babak pertama sebelum Cristiano Ronaldo menyamakan kedudukan lima minit kemudian. - AFP

Keputusan perlawanan lain:

Brighton 2 Leicester 1

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 2 tahun yang lalu

Peminat Masuk Padang, Kibar Bendera Palestin

2

Sukan 2 tahun yang lalu

Penjaga Gol Chelsea Kepa Arrizabalaga Sah Dipinjamkan ke Real Madrid

3

Sukan 3 tahun yang lalu

Ronaldo Akan Tinggalkan Manchester United Serta-Merta

4

Sukan 3 tahun yang lalu

United Pasukan Tercorot Liga Buat Kali Pertama Dalam 30 Tahun

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad