web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Melaka United Singkir Perak FC Ke Liga Perdana

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 04 Sep 2021 8:38AM

Pemain Perak FC, Jad Noureddine Ahmad (kanan) dan Muhammad Rafiuddin Roodin (kiri) mengasak pemain Melaka United FC, Giovane Gomes Da Silva pada perlawanan bola sepak Liga Super di Stadium Hang Jebat dekat Krubong, malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Melaka United berjaya mengekalkan kedudukan dalam Liga Super musim depan selepas menyingkirkan Perak FC ke Liga Perdana dengan kemenangan 2-1 di Stadium Hang Jebat di sini, malam tadi.

Keputusan itu menyaksikan skuad Melaka United mengumpul 21 mata dan memperbaiki kedudukan ke tangga ketujuh, sekali gus meranapkan misi wajib pasukan pelawat yang tersingkir buat pertama kali dalam saingan liga utama negara ini.

Kedua-dua pasukan turun dengan misi memburu tiga mata penting bagi menyelamatkan pasukan daripada zon penyingkiran dengan menyaksikan Melaka United terlebih dahulu melakukan gerakan ke arah gawang lawan menerusi beberapa percubaan di kawasan pelawat.

Percubaan terbaik tuan rumah untuk mendapatkan gol pendahuluan pada minit ke-10 gagal dimanfaatkan Mohamad Fakhrullah Rosli dan Giovane Gomez selepas bola muntah daripada dakapan penjaga gol muda Perak, Nasrullah Abdul Aziz dalam situasi kelam kabut di depan gawang.

Sekali lagi Melaka United memperoleh peluang untuk membuka jaringan pada minit ke-17, menerusi sepakan percuma pemain import dari Haiti, Sony Norde namun rembatan derasnya sekadar singgah di palang gol.

Bagaimanapun pasukan Bos Gaurus terlebih dahulu memecah kebuntuan pada minit ke-30 menerusi jaringan penalti yang disempurnakan Sergio Augero selepas rakan sepasukannya, Muhammad Syahir Bashah dijatuhkan Khairul Anwar Shahrudin dalam kotak penalti.

Pada minit ke-33 Perak FC yang bersemangat terus mencemaskan tuan rumah untuk menambah jaringan menerusi rembatan Muhammad Adib Abdul Ra'op hasil lorongan Augero namun tindakan pantas Khairul Fahmi Che Mat berjaya menyelamatkan bola dari memasuki gawang.

Melaka United yang tertekan terus diasak namun keputusan itu kekal sehingga tamat separuh masa pertama.

Bersambung babak kedua permainan, skuad Sang Kancil yang terdesak terus agresif mengasak ke kubu lawan namun gol yang dicari akhirnya muncul pada minit ke-66 menerusi Manuel Ott yang melakukan larian solo dari tengah padang sebelum merembat kencang bola menewaskan Mohammad Nasrullah Abdul Aziz.

Jaringan itu nyata menyuntik semangat kepada Melaka United yang berjaya menjaringkan gol kemenangan gol pada minit ke-79 menerusi Sony Norde hasil rembatan deras di luar kotak penalti. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Malaysia Perhebat Tekanan Diplomatik Terhadap Israel, Guna Pelbagai Platform Antarabangsa

oleh Sophia Ahmad