web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kempen Liga-M 2021 Bermula 5 Mac Ini

Sukan Dikemaskini 5 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Feb 2021 5:58PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPURa) - Liga Bola Sepak Malaysia (MFL) hari ini mengeluarkan jadual rasmi saingan Liga Malaysia (Liga-M) 2021, yang bakal membuka tirai dengan perlawanan Sumbangsih di Stadium Sultan Ibrahim di Iskandar Puteri pada 5 Mac ini.

Perlawanan bagi merebut Piala Sultan Ahmad Shah itu, bakal menemukan juara Liga Super 2020 Johor Darul Ta’zim (JDT) dan Kedah Darul Aman FC (KDA FC), sekali gus menyaksikan pertembungan kali keempat kedua-dua pasukan dalam lima edisi, sejak musim 2017.

Pada masa sama, antara perlawanan tumpuan minggu pertama saingan Liga Super ialah pertemuan Selangor FC berdepan Sri Pahang FC yang dijadual berlangsung di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) pada 6 Mac.

Perlawanan antara naib juara Liga Premier 2020 Terengganu FC II (TFC II) dan pendatang baharu Skuad Projek FAM-MSN di Stadium Sultan Ismail Nasiruddin Shah, Kuala Terengganu pula menjadi aksi menarik minggu pertama Liga Premier 2021, yang turut membuka tirai pada 6 Mac.

“Seperti makluman MFL sebelum ini, di mana tiada kejohanan Piala FA bagi musim 2021, MFL berharap kesemua pasukan dapat melakukan persiapan terbaik dalam memastikan persembahan berkualiti, selepas jadual liga ini dikeluarkan,” kata Ketua Pegawai Eksekutif MFL Datuk Ab Ghani Hassan dalam kenyataan hari ini.

“Pada masa sama, MFL turut berharap kesemua pasukan akan sentiasa kekal patuh dengan setiap SOP, di mana setiap pasukan telah pun diberi kebenaran mengadakan program latihan berpusat secara gelembung, menerusi dua kaedah iaitu ‘Home’ dan ‘Camp Quarantine’,” katanya.

Beliau berkata, MFL menyedari akan cabaran dihadapi industri bola sepak dalam pandemik COVID-19 ketika ini, namun percaya keharmonian saingan Liga-M kekal terjaga sekiranya semua pihak memainkan peranan dengan baik, dalam mematuhi segala prosedur operasi standard (SOP) ditetapkan.

Sementara itu, Ab Ghani berkata MFL menaruh harapan kerajaan dapat membenarkan kehadiran penonton ke stadium berskala kecil, jika kes positif COVID-19 menurun pada masa akan datang selepas turut mengusulkan cadangan itu melalui Kementerian Belia dan Sukan (KBS) pada November lepas.

“Itulah harapan MFL, kami mahu venue diceriakan dengan kehadiran penyokong bola sepak tempatan. MFL mengucapkan terima kasih kepada KBS atas sokongan kepada bola sepak tempatan, sepanjang kempen Liga-M 2020 dan bagi musim 2021,” katanya.- Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

2

Pemandu 4WD Positif Dadah Ditahan, Dikesan Pandu Secara Mengundur Di Lebuh Raya

3

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

4

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

5

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

6

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 16 jam yang lalu

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Politik 17 jam yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad