web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Paralimpik: Nur Syaiful Mara Ke Final 100m Renang Gaya Bebas

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Aug 2021 12:18PM

Atlet renang paralimpik negara, Muhammad Nur Syaiful Zulkafli ketika beraksi pada acara lelaki 200m gaya bebas pada Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Pusat Akuatik Tokyo semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Selepas mengalami episod duka dalam aksi pertama semalam, perenang para kebangsaan Muhammad Nur Syaiful Zulkafli kini boleh menghela nafas lega, apabila layak ke final acara 100 meter (m) gaya bebas lelaki S5 (kecacatan fizikal) di Sukan Paralimpik Tokyo, hari ini.

Nur Syaiful yang bermula di lorong ketiga, menamatkan saingan di tempat ketiga dengan catatan masa 1 minit 16.33 saat (s) pada saringan pertama, yang berlangsung di Pusat Akuatik Tokyo, di sini.

Atlet berusia 26 tahun dari Sarawak itu, menempah slot ke pusingan akhir selepas menghuni tangga ketujuh secara keseluruhan.

Hanya lapan perenang terbaik daripada kedua-dua saringan dijalankan hari ini mara ke akhir.

Juara bertahan dari Brazil Daniel de Faria Dias, muncul pemenang bagi saringan pertama selepas mencatat masa 1:13.02s manakala pemenang perak 200m gaya bebas lelaki (S5) semalam iaitu Antoni Ponce Bertran dari Sepanyol, di tempat kedua dengan masa 1:13.33s.

Saingan akhir dijangka berlangsung pukul 5 petang ini (4 petang waktu Malaysia).

Semalam, Nur Syaiful terlepas peluang untuk layak ke peringkat akhir acara 200m gaya bebas lelaki S5, selepas penyertaannya dalam saringan pertama dibatalkan gara-gara isu teknikal selepas didapati menampal pita pelekat di bahu kirinya.

Nur Syaiful sebenarnya berpeluang untuk memecah rekod Asia dipegang perenang Thailand Phuchit Aingchaiyaphum, dengan catatan masa 2:58.11s dilakukan di Melbourne, Australia tahun lalu selepas menamatkan saingan di tangga kelima dengan masa 2:56.78s.

Beliau mendedahkan terpaksa menampal pita pelekat dan berenang dalam kesakitan susulan kecederaan dialami di bahu kirinya sejak Sabtu lepas, sebelum aksinya dibatalkan selepas dimaklumkan pengadil bahawa penggunaan objek itu tidak dibenarkan. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 4 tahun yang lalu

Nur Syaiful Hampa Lagi

2

Sukan 4 tahun yang lalu

Nur Syaiful Perbaharui Rekod Peribadi 100m Gaya Bebas Lelaki S5

3

Sukan 4 tahun yang lalu

Saya Boleh Pecah Rekod Asia Jika Tak Batal - Nur Syaiful

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 13 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar