web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Sukan Paralimpik Tokyo Buka Tirai Dengan Percikan Bunga Api

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 Aug 2021 7:44AM

Atlet powerlifting paralimpik negara Bonnie Bunyau Gustin bersama atlet olahraga paralimpik negara Siti Noor Iasah Mohamad Ariffin membawa Jalur Gemilang pada upacara pembukaan Sukan Paralimpik Tokyo 2020 di Stadium Olimpik malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

TOKYO - Tuan rumah Jepun sekali lagi menampilkan upacara pembukaan yang menakjubkan sempena Sukan Paralimpik ke-16 - hanya 16 hari selepas berakhirnya temasya Sukan Olimpik 2020 di sini.

Walaupun diadakan dalam Stadium Olimpik yang hampir kosong ekoran pandemik COVID-19, negara matahari terbit itu tetap berjaya mengalu-alukan kedatangan atlet orang kurang upaya (OKU) dalam satu majlis yang menonjolkan kekuatan kumpulan luar biasa ini.

Bertema ‘We Have Wings’, majlis dimulakan dengan penuh bergaya di atas pentas mirip seperti lapangan terbang, melambangkan venue di mana kesemua atlet  boleh bertemu di bawah satu hab diikuti dengan pelbagai persembahan tarian sebelum percikan bunga air menyinari langit di sekitar stadium tersebut.

Seperti Sukan Olimpik, Maharaja Naruhito merasmikan upacara penuh gilang gemilang itu bagi menandakan bermulanya temasya yang disertai 4,403 atlet dari 162 negara.

Acara kemuncak tersebut ialah perarakan atlet dengan 10 orang mewakili kontinjen negara dengan Malaysia merupakan kontinjen ke-139 memasuki stadium yang mampu menempatkan 68,000 penonton.

Pasukan Pelarian Paralimpik merupakan kontinjen pertama masuk ke stadium manakala kontinjen tuan rumah melengkapkan perbarisan dengan menerima sorakan paling kuat dalam kalangan hadirin.

Atlet negara memperagakan persalinan pahlawan dengan busana diinspirasikan menerusi persalinan Laksamana Hang Tuah serta mengekalkan Jalur Gemilang sebagai warna utama.

Tatacara pemakaian lengkap bertanjak, baju sikap dan samping serta busana wanita lengkap berdokoh dan selendang tampak sopan dan membiaskan identiti Malaysia yang kaya dengan budaya.

Busana tersebut adalah hasil rekaan Jabatan Seni Reka Fesyen, Fakulti seni Lukis dan Seni Reka, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Shah Alam.

Dalam perbarisan tersebut, jaguh powerlifting, Bonnie Bunyai Gustin dan atlet olahraga, Siti Noor Iasah Ariffin ditugaskan sebagai pembawa Jalur Gemilang.

Turut dalam perbarisan, Presiden Majlis Paralimpik Malaysia (MPM), yang juga Chef de Mission ke Paralimpik Tokyo, Datuk Seri Megat D Shahriman Zaharudin dan pemenang emas edisi lalu menerusi lontar peluru, Ziyad Zolkefli.

Selain itu, Abu Samah Borhan daripada atlet tenis berkerusi roda; S Suresh (memanah); Johari Wahab, Dr Azril Syazwan Ali, Intan Rohaya Muhammad serta G. Mohan (sekretariat kontinjen).

Dalam ucapannya, Pesiden Jawatankuasa Paralimpik Antarabangsa (IPC) Andrew Parsons memuji ketahanan atlet para dan tuan rumah Jepun kerana meneruskan temasya ketika berdepan pandemik COVID-19.

Dua atlet negara tuan rumah - bekas pemain tenis berkerusi roda nombor satu dunia Shingo Kunieda dan pemain goalball Rie Urata bersama jurulatih renang Jeopun Yumiko Taniguchi dan pengadil lawan pedang berkerusi roda Noboyuki Azuma mengangkat sumpah temasya sukan itu.

Obor dibawa masuk ke stadium oleh beberapa bekas atlet paralimik termasuk juara ski dua kali Kuniko Obinata dan jaguh perenang Mayumi Narita.

Obor itu kemudian diserahkan kepada pemenang pingat gangsa acara tenis berkerusi roda pada Rio 2016, Yui Kamiji, Shunsuke Uchida (boccia) dan Karin Morisaki (powerlifting), yang mendapatkan penghormatan menyalakan kawah.

Kawah itu akan bernyala sehingga temasya itu berakhir pada 5 September ini.

Tokyo menjadi banda raya pertama menganjurkan Sukan Paralimpik sebanyak dua kali selepas 1964. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Sukan 1 tahun yang lalu

Sukan Paralimpik: Noor Askuzaimey Mara Ke Separuh Akhir, Kian Hampiri Pingat

2

Politik 1 tahun yang lalu

PRK Nenggiri: BN Menang Majoriti Besar, Rampas Semula Kerusi DUN Nenggiri

3

Semasa 1 tahun yang lalu

Sultan Nazrin Berkenan Rasmi Klinik Kesihatan Kuala Kangsar

4

Ekonomi 2 tahun yang lalu

Malaysia Masih Destinasi, Pilihan Terbaik Untuk Pelaburan - Anwar

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 13 jam yang lalu

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar