web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Liga Super: JDT Semakin Dekati Gelaran Juara

Sukan Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Aug 2021 8:25AM

Pemain JDT, Akhyar Rashid (kanan) cuba melepasi halangan pemain PJ City FC, Filemon Anyie Standly pada perlawanan Liga Super Malaysia 2021 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Pasukan Johor Darul Ta’zim (JDT) semakin mendekati gelaran juara Liga Super buat kali kelapan berturut-turut, apabila hanya memerlukan satu lagi kemenangan dalam baki tiga aksi liga musim ini.

Skuad Harimau Selatan itu boleh dikatakan sudah sebelah tangan di trofi Liga Super 2021, apabila berjaya menewaskan Petaling Jaya (PJ) City FC 2-0 di Stadium Majlis Bandaraya Petaling Jaya, malam tadi.

JDT membuka jaringan pada minit ke-27, apabila penyerang import dari Brazil, Bergson da Silva meledak masuk bola daripada percubaan bintang muda Arif Aiman Hanapi, yang ditepis keluar oleh Ahmad Syihan Hazmi Mohamed.

Pemain naturalisasi negara Mohamadou Sumareh kemudian menggandakan jaringan pada minit ke-83, dengan menyempurnakan hantaran bijak daripada Muhammad Akhyar Rashid.

Sementara itu, Kedah Darul Aman (KDA) FC masih mempunyai peluang untuk mencabar kedudukan JDT di takhta liga selepas menewaskan Terengganu FC (TFC) 2-1 di Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin.

Skuad kendalian Aidil Sharin Sahak mengejutkan pasukan tuan rumah menerusi jaringan pemain import dari Lebanon, Rabih Ataya sebelum tamat babak pertama perlawanan.

Bersambung babak kedua, skuad Lang Merah berjaya melebarkan jurang menerusi jaringan Mohd Syazwan Zainon pada minit ke-50, namun TFC mengurangkan defisit menerusi penyerang import dari Brazil, David Da Silva pada minit ke-70.

Selangor FC pula berjaya mencatatkan kemenangan 3-0 ke atas pasukan kedua tercorot liga, Perak FC di Stadium Perak, Ipoh.

Skuad Gergasi Merah membuka tirai jaringan pada akhir babak pertama, masing-masing menerusi pemain import dari Switzerland Oliver Buff pada minit ke-42 dan Ifedayo Olusegun lima minit kemudian.

Penyerang import dari Nigeria, Ifedayo terus menambah derita buat Perak FC, apabila meledak satu lagi gol pada minit ke-59, sekali gus mendahului senarai penjaring terbaik Liga Super musim ini dengan 22 gol, kelebihan dua gol berbanding Bergson.

JDT gah di persada Liga Super dengan 48 mata daripada 19 perlawanan, diikuti Terengganu FC (37) dan Selangor FC menerusi kelebihan jaringan, walaupun berkongsi 32 mata dengan KDA yang hanya beraksi dalam 16 perlawanan setakat ini. - Bernama

Sorotan

1

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

2

Nahas 6 Kenderaan Cetus Kebakaran, Jumlah Mangsa Belum Diketahui

3

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

4

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

5

Beralih Kepada EV: Langkah Kecil Individu, Impak Besar Ekosistem Tenaga Negara

6

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad