web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Menyingkap ‘Aura’ Di Radio Melayu Singapura

Aura Shai ialah Penerbit / Penyiar Eksekutif di stesen Melayu nombor satu di Singapura, Warna942. Beliau juga penerbit Anugerah Planet Muzik (APM) sebelum ini. Mari, kenali susur-galur kerjanya.

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Aug 2021 11:40AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Nama penyiar radio Mediacorp, Aura Shai tidak perlu diperkenalkan lagi di Singapura. 

Bukan itu sahaja, beliau juga personaliti radio yang cukup dikenali di rantau ini khususnya di kalangan penyanyi, penerbit album dan orang kuat industri di Malaysia dan Indonesia. 

Aura Shai juga merupakan penerbit Anugerah Planet Muzik (APM) sebelum ini.

Beliau memulakan kerjaya penyiaran di Radio Warna942, Mediacorp. Selepas dua tahun di sana, Aura Shai berhijrah ke stesen Ria897, Singapura. 

Beliau mendapat latihan awal dan asas daripada nama-nama hebat di radio seperti Allahyarham Asmah Laili, Allahyarham Nordin Kassim dan Suhaimi Yusof.

Kini, Aura Shai ialah Penerbit / Penyiar Eksekutif di stesen Melayu nombor satu di Singapura iaitu Warna942 dan bersiaran setiap Isnin hingga Jumaat jam 10 pagi hingga 2 petang untuk Warna Vista. 

Menurut penyiar radio peramah itu, “Pada awalnya, ketika dimaklumkan berkenaan pemindahan saya dari Ria 897 ke Warna 942, berkecamuk juga fikiran. Adakah saya akan dapat memikul amanah ini? 

Konten Ria 897 lebih tertumpu kepada pendengar yang lebih muda. Manakala Warna 942, stesen Melayu nombor satu di Singapura ini merupakan stesen informasi, lebih maklumat dan interaksi. Tetapi, setelah difikirkan kembali, ia ibarat sirih pulang ke gagang.”

Ketika ditanya mengenai cabaran menjadi penyiar radio untuk stesen Melayu nombor satu di Singapura itu, ini jawapan penyiar yang sering juga disapa sebagai Shai sahaja, “Penyiar terdahulu sangat misterius, suara mereka sahaja yang kita dengar.

“Kita bayangkan bagaimana rupa mereka ketika mereka ke udara. 

“Penyiar masa kini dalam era digital perlu tampil secara audio dan visual. Bukan sahaja perlu ke udara, tetapi juga perlu celik IT dan media sosial, walaupun kadangkala agak mencabar.”

Untuk sekarang ini, Aura Shai mengendalikan segmen Warna Vista secara solo selama 4 jam yang “disusun rapi dengan pelbagai maklumat sebagai nilai tambah”.

Beliau harus pastikan akan ada tema yang berbeza setiap hari ketika bersiaran dengan kisah inspirasi, hartanah, resipi juga hubungan majikan dan pekerja.

Akuinya, “I take pride in my work. Sebelum ke udara setiap hari di Warna Vista, saya tetapkan matlamat, pendengar harus bawa bersama mereka sekurang-kurangnya satu hal yang memanfaatkan.

“Jika mereka tidak meraih manfaat dari perkongsian saya sepanjang empat jam saya ke udara, bermakna, saya gagal.”

Kongsinya, penyiar “perlu menghibur dan pada masa yang sama mendidik, menyuntik semangat dan menyampaikan informasi dalam bentuk yang mudah difahami semua.”

Terangnya dengan yakin pada kami, “Maka itu, saya berusaha untuk tampilkan kisah-kisah inspirasi dan isu-isu yang dekat di hati masyarakat, antaranya yang berkaitan dengan keluarga, anak-anak, kesan pandemik dan kesihatan mental.”

Tentu seronok menjadi seorang penyiar radio Mediacorp selama 24 tahun lamanya kerana beliau juga berpeluang bertemu serta mewawancara artis-artis kegemarannya.

“Tetapi, di sebalik keseronokan tersebut, radio merupakan perantara yang mendekatkan kita dengan pendengar. Apabila pendengar dapat merasakan kedekatan itu, mereka memahami apa yang kami sampaikan dan mereka meraih manfaat daripada apa yang dikongsi, itulah kepuasan yang sebenar buat saya,” katanya pada Getaran.

Dalam kalangan pendengar-pendengar dan teman rapatnya, DJ Aura Shai dilihat sebagai seorang penyampai radio yang cepat tersentuh dan mempunyai empathy ketika bersiaran. Kadangkala sehingga boleh menitiskan air mata.

Mengapa begitu tanya penulis kepadanya? Ini perkongsiannya, “Saya secara semula jadi seorang yang sensitif dan mudah tersentuh, lebih-lebih lagi jika isu yang diketengahkan sangat dekat di hati, antaranya, isu berkaitan anak-anak, keluarga dan juga kesan pandemik pada masyarakat. 

“Seringkali, ketika sesuatu wawancara, secara sedar atau tidak, saya akan letakkan diri saya di dalam situasi yang sedang dibicarakan. Apabila ada keterhubungan ini, saya rasa mesej yang ingin disampaikan akan menjadi lebih jelas buat yang mendengar.”

Dari pengamatan penulis, pengalamannya sebagai penyiar radio serta penerbit Anugerah Planet Muzik untuk beberapa tahun lamanya telah meletakkan Aura Shai sebagai penyampai radio paling popular dan mudah mesra di kalangan penggiat industri muzik di rantau ini.

Pendengar di Malaysia boleh muat turun aplikasi percuma MeListen untuk mendengar Warna Vista bersamanya.

Anda ingin mendekati deejay yang disenangi ramai ini?

Ikutinya di Instagram dan Facebook: Aura Shai. - Getaran, 21 Ogos 2021

Isu Pada

Kisah Dongeng Nyata Che Puan Juliana Evans

21 Aug 2021

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

oleh Sophia Ahmad