web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Terpedaya Iklan Ketam Murah, Mangsa Rugi Lebih RM46,000

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Jul 2021 1:27PM

Tawaran harga murah bagi pembelian ketam dalam talian ini dibuat menggunakan nama sebuah restoran yang dikenali sebagai 'Crabber Resto' atau 'Jack Crab Resto'. - Gambar dari Berita Mediacorp

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Jika anda baru-baru ini ternampak iklan-iklan online yang menjual ketam pada harga murah, hati-hati kerana anda mungkin menjadi sasaran satu skim penipuan 'phishing' (memancing data).

Beberapa aduan tentang skim yang membabitkan iklan-iklan palsu melibatkan penjualan ketam dibuat dalam bulan Julai dengan ada mangsa yang kerugian lebih S$15,000, menurut polis.

Dalam kes-kes tersebut, mangsa yang sedang melayari media sosial terlihat iklan-iklan yang menawarkan tawaran harga murah bagi pembelian ketam, yang didakwa dari sebuah restoran yang dikenali sebagai "Crabber Resto" atau "Jack Crab Resto".

Apabila iklan itu ditekan, mangsa akan dibawa ke satu laman yang menyenaraikan beberapa pilihan ketam yang dijual pada harga murah.

Mangsa kemudian disuruh membuat bayaran dengan memberikan butiran kad kredit atau debit serta kata kunci sekali (OTP) yang diterima menerusi laman itu.

"Mangsa dipercayai tidak menerima ketam yang dibeli dan hanya menyedari bahawa mereka ditipu setelah menemui beberapa urus niaga tidak diluluskan dibuat menggunakan kad kredit atau debit mereka," demikian lapor Berita Mediacorp.

Polis menasihatkan orang awam supaya mengamalkan langkah-langkah pencegahan jenayah seperti kerap memeriksa untuk memastikan jumlah yang dipotong daripada kad kredit atau debit mereka selari dengan jumlah yang mereka setuju untuk bayar.

"Beli hanya daripada penjual yang disahkan atau daripada sumber-sumber yang boleh dipercayai, lebih-lebih lagi bagi barangan bernilai tinggi," kata polis.

Pembeli juga harus mengesahkan kesahihan maklumat itu dengan laman atau sumber rasmi serta menghubungi bank mereka serta-merta jika menerima sebarang OTP namun tidak membuat sebarang urus niaga online.

"Jangan dedahkan sebarang butiran peribadi atau perbankan Internet dan OTP kepada sesiapa; dan laporkan sebarang penipuan bayaran menggunakan kad kredit/debit anda kepada pihak bank serta batalkan kad itu dengan segera," menurut polis. - Berita Mediacorp

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 19 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Perkahwinan Palsu Warga Asing-Tempatan Untuk Dapat Lesen Perniagaan Makin Serius Di Selangor

oleh Amirah Abu Bakar