web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tak Pakai Pelitup Muka, Komando SAF Bakal Kena Tindakan Disiplin

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 Jul 2021 10:01AM

Tular gambar seorang komando Angkatan Bersenjata Singapura tidak memakai pelitup muka dengan sempurna ketika berucap di hadapan rekrut BMT berhampiran stesen MRT Pasir Ris. - Gambar dari Berita Mediacorp

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Seorang komando Angkatan Bersenjata Singapura (SAF) yang tidak mematuhi langkah-langkah pengurusan selamat ketika bercakap kepada para rekrut kumpulan Latihan Asas Tentera (BMT) dekat stesen MRT Pasir Ris akan "dikenakan tindakan disiplin".

Dalam satu video yang tular di Facebook, seorang lelaki berpakaian kemeja-t putih dilihat bercakap kepada sekumpulan rekrut SAF dengan pelitupnya di bawah dagunya sambil dia memegang minuman. Gambar-gambar lain menunjukkan lelaki itu sedang merokok di kawasan tersebut.

Satu siasatan oleh SAF mendapati komando berkenaan melanggar langkah-langkah pengurusan selamat, menurut seorang jurucakap Kementerian Pertahanan (MINDEF) semasa menjawab pertanyaan media.

"Langkah-langkah pengurusan selamat adalah penting bagi memastikan latihan dan operasi SAF dapat dijalankan dengan selamat dan para komando kami harus menunjukkan contoh positif serta melaksanakan peraturan itu untuk melindungi diri mereka serta para pelatih," menurut MINDEF.

Singapura melaporkan 136 kes baru tempatan COVID-19 pada Selasa.

Untuk mengekalkan tahap kesediaan operasi dan keselamatan latihan dalam sekitaran endemik COVID-19, SAF melaksanakan "langkah-langkah selamat, praktikal dan mampan", menurut MINDEF dalam satu kertas fakta pada bulan lalu.

Ini termasuk "strategi serampang tiga mata" iaitu vaksinasi, ujian dan proses pengawasan lebih baik serta operasi berkumpulan. - Berita Mediacorp

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

oleh Sophia Ahmad