web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Satu-Satunya Upacara Korban Di Singapura Berjalan Lancar

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 Jul 2021 1:47PM

Orang ramai menunggu giliran untuk menjalankan ibadah korban di Singapura. - Gambar dari Berita Mediacorp

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Ibadah korban di Singapura sempena Aidiladha berjalan lancar semalam dengan 50 ekor kambing dikorbankan manakala untuk hari ini pula, lagi 50 ekor kambing akan disembelih.

Agensi Makanan Singapura (SFA) memaklumkan, satu-satunya upacara korban kali ini diadakan di Hay Dairies dan sebelum ini, ibadah korban dilakukan di pekarangan masjid-masjid.

Kali ini majlis korban itu dikendalikan Aaliyah's Pte Ltd.

Dalam pada itu, Pemilik Hay Dairies, Leon Hay, beberapa kali terpaksa memohon maaf kepada pengunjung yang tidak dapat dibenarkan masuk kerana jumlah pengunjung di dalam ladangnya penuh pada setiap masa.

"Ia satu langkah yang perlu dijalankan pada saat-saat akhir (kerana lonjakan kes COVID-19 yang dilaporkan pada hari sebelumnya). Kita terpaksa menutup laluan masuk di Lim Chu Kang Lane 4 dan memeriksa identiti mereka yang menempah kambing korban," kata Hay.

Sungguhpun demikian, upacara korban dijalankan dengan begitu teratur. Jumlah pengunjung tidak melebihi tempat duduk yang disediakan dan semua tempat duduk juga dijarakkan.

Kesemua 100 ekor kambing yang ditawarkan di Hay Dairies habis ditempah walaupun harganya cukup tinggi, antara S$1,400 hingga S$2,000 seekor dan bagi setiap kambing korban ditempah, pembelinya dapat membawa pulang sekurang-kurangnya 35 kilogram daging. 

Namun apa yang lebih penting lagi, amalan korban dapat dihidupkan kembali setelah lebih setahun tidak dapat dilaksanakan dek pandemik yang melanda. - BERITAmediacorp/aq
 

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Politik 22 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 20 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 2 jam yang lalu

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

oleh Sophia Ahmad