web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Cina Peranakan Warisi Keturunan Melayu Sekitar 190 Tahun Lalu - Kajian

Menurut Institut Genom Singapura (GIS), kaum Cina Peranakan adalah keturunan unik daripada susur galur imigran China yang menetap di Kepulauan Melayu berabad-abad lalu.

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Jul 2021 10:08AM

Gambar: Instagram Peranakan Museum Singapore @peranakanmuseum

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Kaum Cina Peranakan dianggarkan mewarisi 5.62 peratus keturunan Melayu kira-kira 190 tahun lalu, menurut pasukan penyelidik di Singapura yang menganalisis genom 177 peranakan Singapura.

Agensi Sains, Teknologi dan Penyelidikan (A*STAR) Institut Genom Singapura (GIS) menyatakan kadarnya jauh lebih tinggi berbanding Cina Singapura iaitu 1.08 peratus, Cina selatan (0.86 peratus), dan Cina utara (0.25 peratus).

Dapatan itu diterbitkan dalam jurnal saintifik Molecular Biology and Evolution pada 21 Jun 2021.

Menurut GIS, kaum Cina Peranakan adalah keturunan unik daripada susur galur imigran China yang menetap di Kepulauan Melayu berabad-abad lalu.

"Percampuran genetik orang Cina Peranakan telah lama diperdebatkan namun tidak pernah disahkan, termasuk dalam kalangan masyarakat," katanya dalam satu kenyataan hari ini.

Pasukan ini telah mengenal pasti peristiwa percampuran zaman dahulu yang dikongsi Cina Peranakan dan Cina Singapura kira-kira 1,612 tahun lalu, bertepatan dengan sejarah penempatan orang Cina Han di selatan China.

Di samping itu, mereka mendapati penyumbang utama keturunan Melayu adalah kaum wanita Melayu.

Dapatan kajian ini selaras dengan hipotesis bahawa peniaga Cina mengahwini wanita Melayu tempatan disebabkan jumlah wanita Cina yang sedikit dalam kalangan pendatang.

"Persatuan Peranakan Singapura berbangga dapat bekerjasama dengan GIS dalam projek genom yang baharu ini," kata Presiden Persatuan Peranakan Singapura, Baba Colin Chee.

Presiden Persatuan Peranakan Singapura, Baba Colin Chee. Gambar: Laman web Peranakan.org.sg
Presiden Persatuan Peranakan Singapura, Baba Colin Chee. Gambar: Laman web Peranakan.org.sg

"Penemuannya, buat pertama kali, memberikan bukti saintifik kepada keyakinan kami bahawa kaum Peranakan berasal daripada gabungan pekerja pedagang awal dari China, India dan Eropah dengan wanita Melayu Asia Tenggara," kata Chee.

Sementara itu, Pengarah Eksekutif GIS Prof Patrick Tan berkata penemuan ini meningkatkan pemahaman mengenai sejarah penyebaran orang China dan interaksi mereka dengan penduduk asli di Asia Tenggara.

"Maklumat daripada genom Peranakan menambah baik usaha berskala besar kami yang berterusan untuk memahami kepelbagaian genetik penduduk Singapura, dan bagaimana data genetik dapat digunakan untuk meningkatkan kesihatan setiap warganegara," katanya. - Bernama

Isu Pada

Anugerah Terindah Alif Satar and The Locos

17 Jul 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Kajian SSPA Ambil Kira Waktu Kerja Penjawat Awam Wanita - Anwar

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Kajian Undang-Undang Berkaitan Isu 3R Dibentang Kepada Kabinet - Azalina

3

Semasa 3 tahun yang lalu

KKM Semak Semula Keperluan Tenaga Kerja Kesihatan – Dr Zaliha

4

Semasa 3 tahun yang lalu

Tidak Luntur Rasa Kemelayuan, Cair Keimanan Kalau Santuni Bangsa, Agama Lain - Zahid

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 17 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Gempa Bumi 3.3 Landa Batu Pahat

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Siasat Dakwaan Penculikan Selepas Wanita Ditemui Selamat Di Johor Bahru

oleh Sophia Ahmad

Politik 11 jam yang lalu

Pengurangan Calon India, Pertukaran Nama Saat Akhir Cetus Kekecewaan Akar Umbi PKR Johor

oleh Sophia Ahmad