web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Singapura Gantung 2 Minggu Operasi Lebih 400 Kelab Malam

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 Jul 2021 8:17AM

Gambar yang diambil pada 27 Ogos 2008 menunjukkan deretan pub dan bar di sepanjang jalan di Tanjong pagar di Singapura. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Singapura akan menguatkuasakan larangan operasi ke atas lebih 400 kelab malam yang terangkum dalam kategori institusi makanan dan minuman (F&B) bermula hari ini sehingga 30 Julai 2021.

Langkah itu diambil selepas sejumlah kluster di kesan di beberapa kelab karaoke KTV dan kelab malam, menurut Pasukan Petugas Khas COVID-19 Pelbagai Kementerian (MTF) pada hari ini.

Sejak Oktober 2020, MTF menyatakan, kelab malam tidak dibenarkan beroperasi tetapi selepas rundingan oleh pihak industri, ia dibenarkan beroperasi di bawah kategori operasi F&B.

Sehingga jam 12 tengah semalam, Kementerian Kesihatan republik itu mengesahkan laporan awal mengenai 53 kes baru jangkitan tempatan COVID-19 dengan 32 daripadanya adalah daripada kluster KTV.

Dengan 32 kes baharu itu, jumlah keseluruhan kes untuk kluster berkenaan ialah 120 dalam tempoh seminggu.

Singapura sebelum ini mengumumkan pelan pemulihan untuk membuka semula lebih banyak sektor ekonomi dan membenarkan aktiviti sosial di bawah Fasa 3 (Amaran Tahap Tinggi) bermula 12 Julai, 2021.

Bagaimanapun, ia amat bergantung kepada kadar vaksinasi penduduk dan ia berharap dapat memberikan vaksin lengkap kepada dua pertiga daripada keseluruhan penduduk menjelang sambutan Hari Kebangsaan.

Pada sidang akhbar dalam talian semalam, Pengerusi Bersama MTF, Gan Kim Yong menyifatkan jangkitan baharu daripada kluster itu sebagai ‘merencatkan usaha ke arah pemulihan’.

“Kita mesti segera bertindak menangani kemunculan kluster ini terutama untuk melindungi penduduk yang belum lengkap divaksin,” kata Kim Yong yang juga Menteri Perdagangan dan Industri.

Bagi menangani penularan lebih meluas dalam kalangan masyarakat, Singapura akan mengetatkan langkah pengurusan keselamatan (SMMs) komuniti di kawasan tertutup dan peraturan tanpa pelitup muka berkuat kuasa 19 Julai hingga 8 Ogos.

Selain itu, makan di kedai akan kembali kepada dua orang semeja, berbanding lima orang ketika ini.

Bagaimanapun, mereka yang sudah mendapat vaksin lengkap; dan mereka yang pulih daripada COVID-19 dalam tempoh 120 hari; dibenar makan di kedai sehingga lima orang semeja di semua premis F&B.

Mereka yang belum menerima vaksin tetapi memiliki surat keputusan ujian saringan negatif atau kanak-kanak berusia 12 tahun dan ke bawah, turut dibenar berada dalam kumpulan lima orang semeja di kedai makan.

Setiap individu hanya akan dianggap sudah lengkap di vaksin dua minggu selepas mereka menerima suntikan dos kedua Pfizer-BioNTech (Comirnaty) atau vaksin Moderna. - Bernama

TAG: COVID-19, Singapura, MTF, kluster, KTV

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Serah Kad Bank Kepada Pihak Ketiga Perbuatan Jenayah Serius - Peguam

oleh Wartawan Getaran

Politik 18 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Politik 18 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Subsidi Diesel Diseragam Guna MyKad, Harga Turun RM2.10 Seliter Mulai Julai - MOF 

oleh Sophia Ahmad