web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Remaja Aksi TikTok Akan Didakwa, Ceroboh Kandang Badak Sumbu

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Jul 2021 10:15AM

Seorang lelaki akan didakwa hari ini kerana menceroboh Taman Haiwan Singapura. - Berita Mediacorp

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Seorang lelaki, yang telah menceroboh Taman Haiwan Singapura pada 17 Disember tahun lalu, akan didakwa di mahkamah hari ini atas tuduhan menceroboh.

Lelaki berkenaan dipercayai telah menceroboh masuk ke dalam kandang haiwan tersebut dengan melakukan aksi 'backflip', lapor Berita Mediacorp.

Siasatan awal mendapati rakan lelaki berkenaan iaitu seorang gadis berusia 18 tahun, telah merakam aksi lelaki itu sebelum tertuduh memuat naik video tersebut ke akaun TikToknya menggunakan nama gelaran "@ralphwee_".

Kedua-dua individu berkenaan telah dikenalpasti selepas Taman Haiwan Singapura membuat laporan polis.

Selepas mendapatkan nasihat Pejabat Peguam Negara, polis mengeluarkan amaran tegas terhadap gadis itu pada 8 Julai kerana bersubahat melakukan pencerobohan.

Remaja lelaki berusia 19 tahun itu pula akan didakwa hari ini atas kesalahan menceroboh. Jika didapati bersalah, dia boleh dihukum penjara sehingga tiga bulan, didenda S$1,500 atau kedua-duanya sekali.

Dia juga berdepan dengan tuduhan merosakkan harta benda awam dan melakukan perbuatan nakal yang tidak berkaitan dengan kes itu.

Setakat Ahad, akaun TikTok lelaki itu masih aktif di bawah nama "@rhino_ralph" dan dihubungkan dengan akaun Instagramnya yang menggunakan nama gelarannya sebelum ini.

Polis menegaskan bahawa ia memandang serius terhadap sesiapa saja yang secara terang-terangan mengabaikan peraturan di tempat-tempat daya tarikan dan melakukan perbuatan mementingkan diri sendiri yang boleh membahayakan nyawa mereka. - Berita Mediacorp

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad

Politik 13 jam yang lalu

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad