web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


'Kami Peduli' Perjuangkan Nasib Dan Kebajikan Artis Tempatan Singapura

Gerakan ini memiliki sasaran mengumpul dana berjumlah S$30,000 (RM92667.00) untuk diagihkan kepada 23 artis tempatan Singapura untuk projek bulan hadapan.

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2021 12:01PM

Gambar: BeritaMediacorp/ Osman Arrifin

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Terkesan apa yang dilalui kebanyakan artis Singapura tempatan, apatah lagi dalam suasana COVID-19 yang entah bila ada kesudahannya, sebuah gerakan tidak rasmi yang dinamakan 'Kami Peduli' telah diwujudkan.

Diasaskan Osman Arrifin yang juga Pengurus Besar Serantau Life Records, gerakan ini diwujudkan untuk membantu serta memperjuangkan nasib dan kebajikan artis-artis tempatan Singapura yang memerlukan. 

Antara artis-artis tempatan yang menerima bantuan sumbangan daripada gerakan 'Kami Peduli' sebelum ini adalah Jorah Ahmad, Mahadi Shor, Razzi M, Ibrahim Jamil serta pelawak lagenda Wahid Satay. 

Bersama Jorah Ahmad. Gambar: BeritaMediacorp/ Osman Arrifin
Bersama Jorah Ahmad. Gambar: BeritaMediacorp/ Osman Arrifin

Terbaharu, gerakan 'Kami Peduli' telah berjaya mengadakan projek kempen mengumpul dana bagi pelawak ikonik Alias Kadir, sebelum beliau meninggal dunia pada 28 Jun lalu. 

Menurut Osman Arrifin, gerakan ini juga memiliki sasaran untuk mengumpul dana berjumlah S$30,000 (RM92667.00) untuk diagihkan kepada 23 artis tempatan Singapura yang telah pun disenaraikan untuk projek bulan hadapan. 

Ini termasuk kepada para penyanyi, pemuzik, pelakon dan penerbit radio Fatimah M. Amin, M. Wari, M. Masnawi, Abdullah Ahmad, Hamid Black Dog Bone, Mak Oteh (Zainon Ismail) dan Aminah Siregar.

Bagi mencapai tujuan dan sasaran jumlah dana yang ingin dikumpul ini, pelbagai aktiviti akan dilakukan 'Kami Peduli.'

“InshaAllah, bermula daripada 18 hingga 24 Julai ini, kami akan adakan program berbentuk jualan amal, jualan lelongan barangan artis serta beberapa aktiviti lain. Kita berharap untuk mengumpul dana sebanyaknya untuk membantu artis-artis kita ini,” katanya. 

Bersama pelakon legenda, Wahid Satay. Gambar: BeritaMediacorp/ Osman Arrifin
Bersama pelakon legenda, Wahid Satay. Gambar: BeritaMediacorp/ Osman Arrifin

Osman Arrifin juga mengakui bahawa negara yang sekecil Singapura tidak memerlukan persatuan rasmi yang banyak untuk menjaga kebajikan artis tempatan.

“Cukuplah satu atau dua sahaja. Bagaimanapun ia perlu mempunyai matlamat dan tujuan yang betul.  

“Persatuan ini harus tahu objektif mereka, apa arah tuju, untuk membantu artis-artis kita, boleh jadi dalam segi kesihatan, kewangan dan kebajikan mereka,” katanya lagi. 

Malah, dia juga berpendapat bahawa perlu adanya gabungan dengan badan-badan kebajikan mahu pun individu-individu yang mahu turut serta menjayakan kerja-kerja amal seperti ini. Misalnya, badan kebajikan Jamiyah, Persatuan Ain, Tabung Amal Aidilfitri (TAA) dan Taman Bacaan.

“Ini kerana persatuan-persatuan ini sudah pun mempunyai  operasi berstruktur yang baik atau rangkaian yang lebih berpengalaman untuk menjana atau menganjurkan aktiviti-aktiviti yang membantu," ujar Encik Osman. - BeritaMediacorp

Olahan: Ellyna Ali

Isu Pada

Siti Saleha Suka Jadi ‘Scammer’

03 Jul 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

2

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

3

Politik 1 tahun yang lalu

Malaysia - Singapura Komited Selesai Isu Berbangkit, Tertunggak - Anwar

4

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

Sorotan

1

DUN Melaka Berkemungkinan Dibubar Dalam Tempoh 3 Bulan

2

Masa Depan Negara Bergantung Kepada Rakyat, Bukan ‘Politikus Sandiwara’ - Vinod Sekhar 

3

Dakwaan Kebocoran Dana RM53 Juta: SPRM Siasat Pemindahan DAK Ke Jepun 

4

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

5

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

6

Parti Wawasan Negara Barisan Kepimpinan Penuh, Gabung Tokoh Politik, Profesional

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

Hamzah Kembali Dilantik Ketua Pembangkang

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Operasi Jurugambar Jalanan Diperhebat, DBKL Rampas 32 Peralatan Di Lokasi Tumpuan Pelancong

oleh Sophia Ahmad

Politik 9 jam yang lalu

‘Ahli Parlimen, Jangan Ponteng Sidang Dewan Rakyat’ - Speaker

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Pemilik Kenderaan Diesel Terima Kuota 200 Liter Sebulan, Boleh Mohon Tambahan 100 Liter

oleh Sophia Ahmad