Berita Terkini

1 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 2 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Menyingkap Kejayaan Azni Samdin, Pereka Kostum Dan Penata Gaya Kota Singa

Jom berkenalan dengan pereka kostum dan penata gaya Singapura yang dinobatkan sebagai pereka kostum terbaik Anugerah Golden Horse ke-57 yang telah berlangsung di Taipei, Taiwan pada November lalu.

Singapura Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Jul 2021 8:59AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

‘Sesuatu’ sangat! Itulah yang dapat penulis katakan apabila mengetahui tentang kemenangan besar oleh seorang pereka fesyen Singapura yang juga merupakan seorang penata gaya terkenal Azni Samdin.

Azni dinobatkan sebagai pereka kostum terbaik di malam Anugerah Golden Horse ke-57 yang telah berlangsung di Taipei, Taiwan pada November lalu.

Sekali gus, beliau mencatatkan sejarah sebagai anak Melayu pertama untuk memenangi anugerah berprestij anjuran penganjur bukan Melayu!

Azni, 50 tahun telah diamanahkan menjadi pereka kostum dan penata gaya untuk filem komedi muzik mengenai seorang seorang lelaki yang menjadi bintang transgender tidak sengaja di sebuah kelab malam berjudul Number 1 arahan Ong Kuo Sin di Singapura.

Beliau telah mereka lebih dari 35 kostum untuk keseluruhan filem itu. Azni harus juga meletakkan span di punggung dan dada pelakon-pelakon lelaki yang membawakan watak transgender agar nampak lebih real dan membolehkan para pelakon bergerak bebas. Siapakah Azni Samdin yang hebat ini?

Penulis sempat ke butik beliau baru-baru ini untuk menemuinya sendiri.

“Saya bukan pereka fesyen pada mulanya. Saya bermula sebagai penerbit untuk sebuah production house. Selepas tiga tahun di sana, saya berpindah ke  production house Najip Ali dan bekerja di situ selama 11 tahun sebagai penerbit.

“Sewaktu kerja dengan Najip Ali untuk syarikat Dua M, mereka tahu saya meminati fesyen jadi mereka suruh saya menjaga kostum dan styling untuk rancangan-rancangan produksi dia juga."

Sehingga kini, beliau masih lagi menjadi pereka gaya dan pereka kostum bebas untuk pelbagai program televisyen Melayu dan bukan Melayu di Singapura termasuk acara-acara besar seperti Pesta Perdana terbitan saluran Suria, Mediacorp.

Kata jejaka yang sentiasa mengukirkan senyuman ini, "Setiap pekerjaan yang diberikan saya akan membuatnya dengan semangat dan ikhlas. No matter how big or small, it is still a job.”

Malangnya, Azni tidak berkesempatan hadir untuk malam anugerah Golden Horse kerana banyak kerja perlu dihabiskan di Singapura dan dia belum bersedia menjalani kuarantin sekiranya dia pulang ke Singapura sewaktu pandemik.

Ketika anugerah tersebut berlangsung, Azni masih lagi sedang menjahit manik-manik di butiknya.

Menariknya, seseorang yang tidak dikenali telah mengirimkan mesej kepadanya mengatakan, “You won.”

“Mula-mula satu mesej sahaja. Saya sambung kembali jahit manik. Selepas satu minit mesej masuk tanpa henti sehingga 1 pagi. Saya terus letak manik-manik dan pergi makan dengan kawan-kawan."

Ramai juga teman-teman turut mengucapkan tahniah atas kemenangan beliau yang dibanggakan oleh masyarakat Melayu di Singapura khususnya.

Sambungnya, "Orang Melayu pertama untuk menang dan juga sebagai wakil Singapura. Saya terima banyak mesej yang katakan mereka bangga dengan kejayaan saya."

Apakah pengiktirafan itu membuatnya tertekan kerana pasti ramai mengharapkannya untuk membuat lebih baik lagi selepas ini?

"Tak rasa tertekan. Saya harus teruskan untuk menjadi lebih baik, kerja lebih keras lagi. At the end of the day, let your work speak," ujarnya tanpa berfikir panjang.

Azni turut berkongsi antara pengalaman yang menarik dan terpahat di hati ialah ketika dapat mereka kostum untuk konsert idolanya iaitu penyanyi dan pelakon popular dari Hong Kong iaitu Sandy Lam sebelum ini. 

Beliau meminati Sandy Lam dari kecil lagi. Rasa gugup juga pada awalnya ketika diberitahu tentang tugasan itu.

“Bila dah bertemu Sandy Lam untuk sidang media macam biasa tapi nervous. Setelah kenali dia, dia kacau saya, saya kacau dia. Dia jaga saya sewaktu saya di China, dia akan pastikan pihak produksi bagi saya makanan halal.”

Memiliki butiknya sendiri iaitu Azni Samdin, pereka kostum itu turut membuat baju-baju pengantin sehingga kini.

Kongsinya, “Saya guna perkataan tailor sebab saya membuat segala-galanya. Saya masih suka lagi menjahit manik-manik sekarang (ketawa). Saya bersyukur masih boleh maintain dengan situasi sekarang.” – Getaran, 3 Jul 2021

Semua gambar: Ihsan Azni Samdin

Isu Pada

Siti Saleha Suka Jadi ‘Scammer’

03 Jul 2021

Berita Berkaitan

1

Video & Galeri 1 minggu yang lalu

Trend 'Alamak' Dah Merebak Ke Singapura 

2

Luar Negara 3 minggu yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

3

Luar Negara 1 bulan yang lalu

Singapura Akan Naikkan Usia Persaraan, Bekerja Semula Pada 2026

4

Video & Galeri 4 bulan yang lalu

Malang Tidak Berbau, 2 Motosikal Jadi Mangsa

Sorotan

1

“Tiada Kasino Berlesen, Tipu” – PM

2

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

3

Keperluan Teliti SOP Latihan Udara Bergantung Laporan Siasatan – Khaled

4

Norjuma Didakwa Cederakan 3 Individu, Berbuat Khianat

5

Pengebumian Joanna Diiringi Tangisan Anaknya

6

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Kontroversi Penceramah Asing: UM Mohon Maaf, Ambil Tindakan Serta Merta Tangani Situasi

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Prestasi Malaysia Dalam Laporan Amnesty International Buruk

Politik 1 hari yang lalu

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

Semasa 1 hari yang lalu

Kes Palsukan Dokumen : Anak Menteri Besar Perlis Antara 6 Direman SPRM

oleh Wartawan Getaran