web statsweb stats

Berita Terkini

10 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 10 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID-19: Subvarian Omicron Baharu Cetus Peningkatan Kes Di Singapura

Singapura Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 22 Jun 2022 8:16AM

MOH memaklumkan kira-kira 30 peratus daripada kes COVID-19 dalam komuniti minggu lalu adalah kes dengan subvarian BA.4 dan BA.5. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Berlaku peningkatan 23 peratus minggu ke minggu dalam jangkitan komuniti COVID-19 di Singapura, sebahagian besarnya didorong oleh peningkatan penyebaran subvarian Omicron BA.4 dan BA.5 yang baharu, menurut Kementerian Kesihatan (MOH) republik itu.

“Walaupun subvarian BA.2 masih menyumbang kepada sebahagian besar jangkitan COVID-19 kami, perkadaran jangkitan BA.4 dan BA.5 kian meningkat,” kata kementerian itu dalam satu kenyataan yang dikeluarkan di sini, semalam.

MOH berkata kira-kira 30 peratus daripada kes COVID-19 dalam komuniti minggu lalu adalah kes dengan subvarian BA.4 dan BA.5, berbanding 17 peratus dan 3.0 peratus masing-masing untuk dua minggu sebelumnya.

“BA.5 sahaja dianggarkan menyumbang kepada 25 peratus daripada semua kes minggu ini. Lonjakan dalam kes BA.4 dan BA.5 berkemungkinan berterusan, didorong oleh kebolehjangkitan yang lebih tinggi berbanding BA.2,” tambahnya.

Berdasarkan bukti semasa di peringkat antarabangsa dan tempatan, MOH menunjukkan bahawa tahap sejauh mana teruk jangkitan BA.4 dan BA.5 adalah serupa dengan strain Omicron terdahulu.

"Langkah Pengurusan Selamat (SMM) semasa, termasuk keperluan untuk memakai pelitup muka semasa berada di ruang tertutup dan SMM Berbeza Vaksinasi untuk beberapa aktiviti berisiko tinggi, akan kekal," kata kenyataan itu.

 MOH berkata ia akan meneruskan pemantauan genomik untuk subvarian yang beredar di Singapura, termasuk memerlukan beberapa individu yang dijangkiti melakukan ujian swab tindak balas rantai polimerase tambahan yang dibiayai kerajaan untuk penjujukan genomik.

“Walaupun kami tidak melihat peningkatan ketara kes COVID-19 yang teruk di hospital kami, dan jumlah kes di Unit Rawatan Rapi (ICU) kekal rendah, hospital awam kami tetap sibuk merawat pesakit bukan COVID, dan banyak hospital mengalami kekurangan katil yang tinggi,” menurut kenyataan itu.

Kementerian mengingatkan bahawa vaksinasi dan penggalak merupakan benteng pertahanan penting. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 2 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad