web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Cuba Seludup Dadah Ke Singapura, 3 Rakyat Malaysia Ditahan

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2022 1:40PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Tiga rakyat Malaysia ditahan susulan cubaan menyeludup kira-kira 17,704 gram heroin, 261g 'Ice' dan 2g pil 'Ecstasy' di Pusat Pemeriksaan Woodlands pada Rabu ( 18 Mei) digagalkan Penguasa Imigresen & Pusat Pemeriksaan Singapura (ICA).

Penemuan itu mendorong operasi penguatkuasaan oleh Biro Narkotik Pusat (CNB), di mana sejumlah tiga lelaki warga Malaysia berumur antara 23 dan 28 tahun, termasuk pemandu kereta, telah ditahan di lokasi berbeza di Singapura dalam tempoh dua hari.

“Dadah yang dirampas dianggarkan bernilai hampir S$1,295,000 dan mencukupi bagi menampung penggunaan kira-kira 8,430 penagih heroin dan 150 penagih ‘Ice’ untuk seminggu,” menurut ICA dan CNB dalam satu kenyataan bersama.

Pada petang 18 Mei, kereta yang didaftarkan di Malaysia memasuki lorong pemeriksaan imigresen di Zon Ketibaan dan menjalani pemeriksaan rutin.

“Bungkusan dipercayai dadah ditemui dalam bonet kereta. Pemandu warga Malaysia berusia 28 tahun segera ditahan dan dirujuk kepada CNB untuk siasatan,” menurut kenyataan itu.

Sementara itu, dalam operasi susulan dijalankan pada awal pagi 19 Mei, CNB berjaya menahan dua lelaki warga Malaysia disyaki penerima bungkusan itu di sekitar Bedok North Street 1.

Siasatan berhubung kejadian sedang dijalankan, kata pihak berkuasa. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

3

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

4

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

5

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

6

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Negeri Sembilan: BN Bertanding Secara Solo - Ahmad Zahid

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad