web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pasukan Petugas Ditubuhkan Atasi Kesesakan Di Tambak Johor - MB

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 19 Apr 2022 1:05PM

Tambak Johor - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Satu pasukan petugas sudah ditubuh dan digerakkan bagi mencari penyelesaian kesesakan yang sering berlaku di Tambak Johor, terutamanya ketika hujung minggu, menjelang projek Rapid Transit System (RTS) Singapura-Johor Bahru link dijangka siap pada 2026.

Perkara itu dimaklumkan Menteri Besar Johor, Datuk Onn Hafiz Ghazi pada Isnin menerusi laman rasmi Facebooknya selepas melawat tapak projek RTS Woodlands North Terminus.

Turut mengiringi beliau dalam lawatan itu Menteri Pengangkutan Singapura S Iswaran.

Beliau berkata penubuhan pasukan petugas itu adalah bagi penyelesaian jangka pendek.

Menurut laporan media, dianggarkan lebih 300,000 rakyat Malaysia menyeberangi Tambak Johor setiap hari, menjadikannya laluan menyeberangi sempadan paling sibuk di rantau ini.

Beliau dalam rangka lawatan rasmi tiga hari ke Singapura bermula 17 April dan ia adalah lawatan rasmi sulungnya ke Singapura sejak dilantik menjadi Menteri Besar pada Mac. 

Onn Hafiz yakin sistem pengangkutan moden yang bakal siap dalam tempoh empat tahun itu dapat mengatasi masalah kesesakan di Tambak Johor.

“Saya turut yakin apabila projek RTS siap kelak, projek ini akan membawa limpahan ekonomi kepada rakyat dan Negeri Johor, khususnya di Johor Bahru,” katanya.

RTS Link, perkhidmatan ulang-alik sepanjang empat kilometer antara perhentian Singapura di stesen Woodlands North dan perhentian Malaysia di stesen Bukit Chagar di Johor Bahru.

Ia mampu menampung sehingga 10,000 penumpang sejam untuk setiap laluan. 

Penumpang bakal menikmati pengalaman perjalanan yang pantas dan lancar antara Singapura dan Johor Bahru dengan masa perjalanan kira-kira lima minit antara kedua-dua stesen. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad