web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Singapura Tarik Balik Jualan 3 Lagi Produk Coklat Kinder

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 09 Apr 2022 1:41PM

Gambar dari SFA

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Agensi Makanan Singapura (SFA) menarik balik jualan lagi tiga produk coklat Kinder kerana kemungkinan ia mengandungi salmonella.

Dalam satu kenyataan pada Jumaat menyatakan coklat terjejas adalah Kinder Mini Eggs, Kinder Egg Hunt Kit dan Kinder Surprise Maxi dari Belgium.

Produk itu mempunyai tarikh 'baik sebelum' antara 20 April dengan 21 Ogos 2022, tambah agensi itu.

SFA menyatakan penarikan balik terbaru itu menyusuli amaran dikeluarkan Penguasa Keselamatan Makanan Ireland mengenai kemungkinan produk tersebut mengandungi salmonella iaitu bakteria patogen yang boleh menyebabkan penyakit bawaan makanan seperti demam, sakit perut dan cirit-birit.

SFA telah mengarahkan syarikat pengimport Redmart dan Le Petit Depot untuk menarik balik jualan produk itu.

"Mereka yang sudah memakan produk tersebut dan bimbang tentang kesihatan mereka harus mendapatkan nasihat perubatan. Pembeli juga boleh menghubungi pengeksport bagi sebarang pertanyaan," tambah SFA.

SFA pada Rabu menarik balik jualan coklat Kinder Surprise.

Pada Jumaat, pihak berkuasa kesihatan Belgium mengarahkan kumpulan syarikat Ferrero, yang menghasilkan coklat Kinder, untuk menggantung pengeluaran di kilangnya di Arlon, Belgium, selepas agensi kesihatan Eropah melancarkan siasatan ke atas puluhan kes salmonella yang dipercayai ada kaitkan dengan coklat tersebut. - Berita Mediacorp

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 16 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 12 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 16 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad