web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sekatan Seumur Hidup Ke Atas Bekas Pemain Bola Sepak Singapura Digugurkan

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 Mar 2022 1:09PM

Jose Raymond - Gambar dari BERITAmediacorp

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) menggugurkan sekatan seumur hidup yang dikenakan terhadap bekas pemain negara itu, Kannan Kunjiraman, berkuat uasa 15 Mac lalu.

Demikian menurut FAS dalam satu kenyataan hari ini. 

Kannan dilarang daripada melibatkan diri dalam sebarang aktiviti bola sepak pada 1995 setelah dia disabit bersubahat dengan lagi dua individu untuk membayar rasuah S$80,000 kepada seorang pemain Singapura bagi satu perlawanan menentang Perlis dalam perlawananan Liga Perdana FAM yang diadakan pada 13 Mei 1994.

Dia dihukum penjara setahun dan didenda S$40,000 atas tuduhan bersubahat dan dikenakan hukuman penjara selama 18 bulan dan diarah supaya membayar denda S$5,000 atas kesalahan menerima wang sogokan.

FAS turut menggugurkan sekatan seumur hidup terhadap bekas pengadil FIFA, Thiru Rajamanickam

Dia dilarang melibatkan diri dalam semua aktiviti bola sepak dan dikeluarkan daripada senarai pengadil FAS pada 1994 setelah dia dihukum penjara selama lapan bulan dan didenda S$1,000 kerana menerima rasuah S$1,000 daripada seorang pembuat taruhan bola sepak.

Rajamanickam disuruh membuat aturan supaya pengadil Malaysia yang dilantik supaya jangan bersikap berat sebelah terhadap pasukan Singapura dalam perlawanan menentang Kelantan pada 5 April 1994.

Dalam kenyataan medianya berhubung langkah terkini itu, FAS menyatakan persatuan itu mengambil kira ciri-ciri dan tahap kesalahan yang dilakukan, hukuman yang dikenakan oleh mahkamah, perwatakan dan sumbangan oleh Kannan dan Rajamanickam.

"Persatuan ini, antara lain, dimaklumkan bahawa dalam kedua-dua kes, Kannan dan Rajamanickam masing-masing sudah menjalani tempoh penggantungan lebih 26 tahun, selain daripada hukuman yang dikenakan oleh mahkamah termasuk hukuman penjara yang juga sudah mereka lalui.

"Kedua-dua individu mengekalkan rekod yang bersih selepas itu," menurut FAS.

Kannan dan Rajamanickam juga perlu menjalani program dan kegiatan secara bertemu muka atau secara maya atau menerusi penerbitan bagi menyokong usaha antirasuah dan pendampingan dalam tempoh enam bulan selepas sekatan ini digugurkan.

"Dalam menyemak kedua-dua rayuan, Persatuan ini berunding secara meluas tentang isu-isu dan faktor utama di sekitar kedua-dua kes ini.

"Keputusan oleh FAS untuk menggugurkan kedua-dua sekatan ini bukan mencerminkan pendirian yang semakin lemah terhadap kesalahan rasuah dalam bola sepak.

"Kami tetap berpegang teguh pada pendirian kami bahawa rasuah tidak mempunyai tempat dalam bola sepak dan ia tidak akan diterima dalam apa jua bentuk.

"Mana-mana pemain atau pegawai yang didapati bersalah melakukan kesalahan itu boleh menjangkakan dikenakan hukuman setimpal mengikut Perlembagaan FAS," tegas Presiden FAS Lim Kia Tong. - BERITAmediacorp/ha

Sorotan

1

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

2

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

3

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

4

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

5

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

6

Gempa Bumi Selatan Filipina: Angka Korban Meningkat 37, Ribuan Gempa Susulan Menanti Penyelamat

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 jam yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: 2.7 Juta Layak Mengundi, Lebih 40,000 Petugas Pilihan Raya Dilantik

Politik 1 hari yang lalu

Kerjasama Dengan BERSATU Tamat Demi Perpaduan Dan Kestabilan Politik - PAS

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Istiadat Pemasyhuran Yang Dipertuan Besar Negeri Sembilan Ke-12 Tidak Sah - Pengelola Bijaya Diraja