Berita Terkini

22 jam yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Singapura Jangka Gelombang Jangkitan Omicron Lebih Besar Dari Delta

Singapura Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Jan 2022 10:19PM

Gambar fail AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Memandangkan kebolehjangkitan varian Omicron adalah lebih tinggi, Singapura berkemungkinan mengalami gelombang jangkitan yang lebih besar berbanding jangkitan disebabkan varian Delta, menurut pasukan petugas berbilang kementerian (MTF) mengenai COVID-19 republik itu.

“Jadi, kita perlu bersiap sedia untuk hadapi gelombang jangkitan yang lebih besar kerana Omicron berbanding varian Delta,” kata Pengerusi Bersama MTF, Ong Ye Kung pada sidang media maya di sini, Rabu.

Ong, yang juga Menteri Kesihatan republik itu, berkata ketika kemuncak jangkitan pada akhir Oktober dan awal November tahun lalu, Singapura mencatatkan kira-kira 3,000 kes Delta sehari, dan "Omicron kemungkinan boleh melebihi angka itu beberapa kali ganda.

“Pada kemuncaknya, jangkitan Delta meningkat dua kali ganda dalam tempoh enam hingga lapan hari. Jangkitan Omicron mungkin berganda dalam dua hingga tiga hari,” katanya.

Bagaimanapun, Ong berkata terdapat "berita yang agak baik", iaitu kajian di pelbagai negara seperti Afrika Selatan, AS, UK dan Kanada, menunjukkan jangkitan Omicron tidak seteruk jangkitan Delta.

Data itu sangat konsisten, terutamanya dalam kalangan mereka yang sudah divaksin dan menerima suntikan penggalak, katanya.

“Kami turut mengesan kes sedemikian di peringkat tempatan. Setakat ini kami mengumpul 2,252 kes Omicron. Daripada jumlah itu, tiga pesakit memerlukan bantuan oksigen, dan bantuan oksigen mereka dihentikan dalam masa tiga hari.

“Jadi, ketiga-tiganya kini semakin pulih. Tiada kes yang memerlukan penjagaan ICU (unit rawatan rapi) setakat ini,” katanya.

Menurutnya jika 2,252 jangkitan yang sama ini disebabkan oleh Delta, "berdasarkan pengalaman sebelum ini, kami menjangkakan kira-kira 30 individu memerlukan bantuan oksigen, ICU, atau meninggal dunia."

Menteri itu mengulangi bahawa vaksin, terutamanya penggalak, mengekalkan perlindungan daripada gejala penyakit yang lebih teruk dan kemasukan ke hospital akibat jangkitan Omicron.

Sungguhpun terdapat bukti menunjukkan Omicron lebih mudah menjangkiti dan kurang teruk, Singapura sedang melihat semula protokol penjagaan kesihatannya mulai 6 Jan 2022.

Ia akan mempertingkat lagi penggunaan Protokol 1-2-3 untuk memudahkan pengurusan kes COVID-19 yang diperkemas, antara lain, untuk mengurus individu berdasarkan tahap simptom yang dialami dan status kesihatan. - Bernama

Sorotan

1

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

2

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

3

Stoking Tertera Kalimah Allah: Mahkamah Tinggi Batal Hukuman, Sabitan Terhadap Juruteknik 

4

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

5

Kerajaan Setuju Salur Peruntukan Kepada Pembangkang - Fadillah

6

Belanjawan Pertahanan Beri Impak Penganjuran DSA, NATSEC Asia Untuk Kekal Relevan

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

oleh Jason Santos

Semasa 7 jam yang lalu

Gunung Ruang Meletus: Malaysia Airlines, AirAsia Batal Penerbangan 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Inisiatif Penstrukturan Semula Akaun Ahli Diumum Akhir Bulan Ini - KWSP

oleh Wartawan Getaran

Semasa 11 jam yang lalu

Mangsa Banjir Di 3 Negeri Meningkat Sedikit Kepada 748 Orang Malam Tadi - NADMA