web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Singapura Kesan 16 Kes Omicron Setakat Hari Ini

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Dec 2021 9:05PM

Semua 16 kes Omicron di Singapura adalah melibatkan mereka yang lengkap vaksinasi, tanpa gejala atau menunjukkan simptom ringan. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Singapura setakat ini mengesan 16 kes varian Omicron, melibatkan 14 kes import dan dua kes tempatan, menurut pasukan petugas pelbagai kementerian (MTF) mengenai COVID-19 republik itu.

MTF berkata lapan kes baharu Omicron disahkan dikesan hari ini (14 Disember) manakala enam kes Omicron awal yang dilaporkan sebelum ini juga disahkan menerusi penjujukan genomik.

“Varian Omicron kini dikesan di lebih 60 negara di seluruh dunia. Kami menjangkakan ia akan terus merebak ke banyak negara lain dari semasa ke semasa,” kata Pengerusi bersama MTF Gan Kim Yong pada sidang media maya di sini.

"Kami akan terus memantau rapat situasi global," kata Gan yang juga Menteri Perdagangan dan Industri.

Gan berkata dua kes tempatan di Singapura adalah petugas perkhidmatan penumpang lapangan terbang.

“Kami tidak mengesan sebarang penularan dalam masyarakat, namun berdasarkan pengalaman negara lain, ia hanya menunggu masa. Ini bererti boleh berlaku lonjakan kes kerana sifat varian Omicron yang sangat mudah menular.

"Oleh itu kita mesti bersiap sedia untuk senario seperti itu," katanya.

Gan berkata vaksinasi kekal sebagai pertahanan utama Singapura terhadap COVID-19, termasuk varian Omicron.

"Kami menyediakan program suntikan dos penggalak untuk memastikan penduduk kita terus dilindungi daripada kesan yang teruk," katanya.

Singapura pada 11 Disember mengumumkan ia sedang melancarkan program vaksinasi kepada kanak-kanak berumur lima hingga 11 tahun sebelum akhir tahun ini.

Menurut MTF, kesemua 16 kes Omicron melibatkan mereka yang lengkap vaksinasi, tanpa gejala atau menunjukkan simptom ringan dengan 13 kes pulih di wad pengasingan di Pusat Penyakit Berjangkit Nasional (NCID), dan tiga kes dibenarkan pulang.

"Setakat ini, semua kes mempunyai interaksi minimum dengan masyarakat sebelum diasingkan, dan kami tidak mengesan kes berkaitan dalam komuniti," menurut kenyataan itu.

Pengesanan kontak sedang dijalankan untuk mengurangkan penularan varian Omicron.

"Ini termasuk kuarantin di kemudahan yang ditetapkan," menurut kenyataan itu.

Makmal Kesihatan Awam Kebangsaan (NPHL) mengesahkan jangkitan varian Omicron itu melalui penjujukan genom sampel ujian. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 21 jam yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar