web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Auntie Anne’s Di Singapura Kini Berstatus Halal

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 02 Dec 2021 12:44PM

Gambar dari Facebook HalalHub Consultants Pte Ltd

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Rangkaian yang menjual roti pretzel dalam pelbagai perisa,  Auntie Anne’s kini diiktiraf halal oleh Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS). Ia disahkan oleh HalalHub Consultants Pte Ltd menerusi laman media sosialnya, semalam.

''Dengan suka citanya kami ingin memaklumkan semua cawangan Auntie Anne’s di Singapura diiktiraf dengan sijil halal MUIS. Auntie Anne’s mendapat sijil halal mereka selepas melalui proses permohonan yang menarik dan juga mencabar,'' menurut HalalHub, yang menawarkan khidmat membantu syarikat-syarikat di sini mendapatkan pensijilan halal.

Dalam pada itu, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) Auntie Anne’s, Olivia Sulaeman, berkata:

''Kami harap dengan pensijilan halal ini, rakan-rakan Muslim kami dapat menikmati roti pretzel kami. Kami ingin mengucapkan terima kasih kepada pada pegawai MUIS, HalalHub Consultants dan pasukan-pasukan berdedikasi kami di kesemua cawangan kerana menjayakan usaha mendapatkan sijil halal ini.''

Roti pretzel Auntie Anne’s mula bertapak di Singapura sejak lebih 20 tahun lalu dan roti-roti yang diuli dan dibakar di kiosk-kiosknya cukup popular sehingga ia kini mempunyai lapan cawangan merata Singapura.

Roti pretzel dijual dalam 15 perisa seperti keju, matcha dan cinnamon atau kayu manis. Ia juga menjual minuman dan beberapa jenis snek roti lain.

Auntie Anne’s mempunyai cawangan di Parkway Parade, Plaza Singapura, Nex, Paya Lebar Quarter, Jewel Changi, VivoCity, Northpoint City dan Hab Ang Mo Kio. - Berita Mediacorp

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Letupan Bom: 2 Rakyat Malaysia Cedera Di Narathiwat 

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 7 jam yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad