web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


VTL Ke Malaysia, SIA Mohon Maaf Atas Kekeliruan

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 Nov 2021 11:17AM

Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Singapore Airlines (SIA) memohon maaf atas sebarang kekeliruan disebabkan kiriman emel kepada pelanggan, yang mengandungi maklumat tentang kuarantin bagi para penumpang yang menaiki pesawat Laluan Perjalanan Penumpang Sudah Divaksin (VTL) ke Malaysia.

Di bawah aturan VTL, para penumpang yang lengkap divaksin tidak perlu menjalani kuarantin setibanya di destinasi.

Namun, pelanggan yang membuat tempahan penerbangan VTL ke Malaysia pada 29 November lalu telah menerima emel pagi semalam tentang ujian COVID-19 dan kuarantin setibanya di situ.

Emel itu menyatakan terdapat "perubahan" kepada makluman-makluman perjalanan.

"Para penumpang dikehendaki menjalani pemeriksaan perubatan dan kuarantin sepanjang tujuh atau 10 hari setibanya di destinasi dengan kosnya ditanggung sendiri," menurut emel itu.

Ia juga menyatakan bahawa syarat tersebut tidak dikenakan ke atas para penumpang yang lengkap divaksin dengan surat kelulusan kuarantin di rumah atau untuk mereka yang melakukan perjalanan ke Langkawi.

Menerusi pemeriksaan Mediacorp mendapati penumpang pesawat VTL SQ108 dan SQ8582 adalah antara mereka yang menerima emel itu.

Menjawab pertanyaan Mediacorp, seorang jurucakap SIA berkata emel itu adalah "kemas kini automatik setiap kali terdapat perubahan kepada mana-mana bahagian dalam nasihat perjalanan ke Malaysia".

"Perubahan-perubahan yang dinyatakan dalam emel itu, termasuk kuarantin, hanya dikenakan kepada para penumpang yang membuat perjalanan dengan menaiki pesawat bukan VTL," kata jurucakap itu. "Kami memohon maaf atas sebarang kekeliruan."

SIA menambah bahawa ia akan mengemas kini nasihat perjalanannya untuk menjelaskan bahawa para penumpang penerbangan VTL boleh memasuki destinasi tanpa perlu menjalani kuarantin.

Aturan VTL antara Lapangan Terbang Changi dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) bermula pada 29 November ini. - Berita Mediacorp  

Sorotan

1

PRN Johor: Sokongan Senyap BN-PAS Mungkin Petanda Strategi Baharu Undi Melayu 

2

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

3

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

4

Polis Buru Pemandu Perodua Kembara Punca Kemalangan di Lebuhraya Persekutuan

5

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

6

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

Disyorkan untuk anda

Politik 2 jam yang lalu

‘Rundingan Senyap UMNO-PAS Punca BN ‘Over Confident’ - Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

331 Ditahan, Polis Bongkar Pertaruhan Haram Piala Dunia RM2.62 Juta

oleh Amirah Abu Bakar