web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Nikmat Sajian Halal Thai Di Singapura

Kenali salah satu restoran halal di Singapura yang menyajikan hidangan lazat dari Thailand.

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 Nov 2021 8:43AM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Umat Islam di Singapura sangat beruntung kerana adanya lambakan restoran halal Thai yang memberi mereka pilihan untuk menikmati sajian Thai meskipun belum dapat menjejakkan kaki ke Bangkok disebabkan penangan COVID-19.

Pembukaan restoran Lemongrass pada April  tahun ini oleh pasangan berbangsa Cina iaitu CY Fong, isterinya Paige Tan dan Cef Ken disambut baik oleh masyarakat Islam di Singapura.

CY Fong yang ditemui berkata, restoran itu dibuka untuk dinikmati semua kaum. 

“Kami nak buka restoran untuk semua kaum. Kami di Australia selama dua tahun. Ketika di Singapura, saya tak pernah rasa bagaimana menjadi kaum minoriti sehinggalah menetap di Australia.  

“Pengalaman itu memotivasikan saya untuk melakukan sesuatu di sini setelah kembali ke Singapura.”

Menurut Fong, selain Ketua Cef Ken, terdapat juga Cef Apple, anak jati Thailand yang menyiapkan makanan di restoran Thai itu. 

“Kami berusaha menyajikan makanan asli Thai serta melakukan banyak penyelidikan dan uji rasa. Hasilnya, 90% makanan tradisional yang disajikan di restoran ini tidak ada di restoran makanan Thai lain seperti stuffed wings

“Kami juga gabungkan beberapa elemen Barat seperti pad thai dengan rib eye atau ayam panggang. Ramai suka,” katanya. 

Pelanggan Melayu gemar menikmati Royal Platter dengan ikan siakap yang disajikan bersama sos Thai hijau yang dibuat sendiri. Sup tom yam pedas serta kari hijau pun sering jadi pilihan mereka. 

Tidak ketinggalan, chicken basil rice juga antara menu paling laris kerana pelanggan Melayu sukakan makanan pedas. 

Menu yang terdapat di restoran tersebut bervariasi termasuk pasta tom yam sekiranya pelanggan memilih hidangan Thai fusion

Penulis sempat mencuba Crab Cake Lemongrass yang lembut dan tidak berminyak langsung.

Menurut CY, crab cake dan stuffed wings dihasilkan sendiri oleh mereka dan proses membuatnya agak renyah. 

Tidak lengkap jika anda tidak mencuba minuman serai panas mereka yang cukup menyegarkan.

Terdapat juga aneka pencuci mulut seperti red ruby yang saiznya besar dan sedap kerana dibuat sendiri bahkan buah berangan dalam menu ini dikupas oleh cef.

Lemongrass amat istimewa kerana anda boleh menikmati bubur bebola daging dan bubur ikan Thai untuk sarapan, sesuatu yang tidak boleh diperolehi di restoran Thai lain di Singapura.

Sebagai pemilik restoran, CY sangat berterima kasih kepada pelanggan dan teruja kerana ramai menyokong perniagaan makanan halal Thai mereka.

CY berkata, meskipun dia bukan Muslim tetapi apabila memperkenalkan di Instagram bahawa restoran miliknya menyediakan makanan yang disahkan halal oleh MUIS (Majlis Ugama Islam Singapura), ramai yang berkongsi perkara itu di media sosial. 

“Mereka repost status Instagram yang saya muat naik. Ada datang dari jauh semata-mata untuk makan di sini. 

“Sokongan mereka buat kami lebih bersemangat untuk menyediakan perkhidmatan terbaik dengan kualiti makanan yang tinggi,” katanya. 

Melihat senarai menu Lemongrass, harga makanan dan minuman di sini berpatutan, malah premisnya luas dan bersih. 

CY turut memaklumkan ada perancangan untuk membuka sebuah lagi cawangan agar lebih ramai dapat menikmati sajian halal Thai yang enak dengan harga berpatutan pada bila-bila masa sahaja. 

“Kami sentiasa memastikan pelanggan berpuas hati dengan keenakan juadah yang disediakan di restoran ini. 

“Kami mahu pelanggan mengatakan makanan di sini berkualiti tinggi dan pastinya akan ada sajian istimewa bulanan disediakan,” katanya ramah. - Getaran, 14 November 2021

Instagram: @lemongrass.foodie

Alamat: 476, Upper Serangoon View, #02-06, Singapura 530476

Gambar: Lemongrass

Isu Pada

Metamorfosis Sherry Alhadad

13 Nov 2021

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

2

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

3

Politik 1 tahun yang lalu

Malaysia - Singapura Komited Selesai Isu Berbangkit, Tertunggak - Anwar

4

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

Mayat Wanita Dalam Bagasi: Polis Siasat Sebagai Kes Bunuh

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Rayuan Akhir Pendakwaan: Peguam Yakin Keputusan Memihak Kepada Syed Saddiq 

oleh Wartawan Getaran