web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pesakit COVID-19 Yang Pilih Tidak divaksin Mungkin Perlu Bayar S$25,000

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 Nov 2021 10:23AM

Keadaan di jabatan kecemasan Hospital Tan Tock Seng, Singapura. - Gambar Berita Mediacorp

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Pesakit COVID-19 yang secara sukarela memilih untuk tidak divaksin dan memerlukan jagaan rapi, mungkin berdepan dengan kos perubatan sekitar S$25,000 (RM76,750), kata Kementerian Kesihatan (MOH).

Ia selepas MOH mengumumkan pada Isnin, bahawa mulai 8 Disember, semua pesakit COVID-19 yang tidak divaksinasi "atas pilihan sendiri" perlu membayar bil perubatan mereka sendiri jika mereka dimasukkan ke hospital atau kemudahan rawatan COVID-19.

Bagaimanapun rakyat Singapura dan penduduk tetap masih boleh mendapat subsidi Pemerintah dan MediShield Hayat atau Pelan Perlindungan Bersepadu jika layak, lapor Berita Mediacorp.

Sejak Februari tahun lalu, kerajaan Singapura membiayai kos rawatan di hospital bagi pesakit coronavirus di hospital awam.

Menjawab pertanyaan media, MOH menyatakan bahawa jumlah kos perubatan adalah berbeza bergantung kepada keadaan pesakit serta jenis kemudahan di mana penjagaan diberikan.

"Secara amnya, kos median bagi pesakit positif COVID yang menerima rawatan di hospital akut yang memerlukan kedua-dua penjagaan ICU dan terapi COVID-19 dianggarkan sekitar S$25,000.

''Subsidi pemerintah mengikut ujian kemampuan dan perlindungan MediShield Hayat boleh mengurangkan jumlah bil kepada sekitar S$2,000-S$4,000 (RM6,140-RM12,280) untuk warga Singapura yang layak di wad bersubsidi," tambah kementerian itu, sambil menambah bahawa pesakit boleh memilih untuk menggunakan baki MediSave mereka untuk membantu membiayai baki jumlah ini.

MOH juga menyatakan bahawa bil untuk pesakit positif COVID-19 yang menerima rawatan di kemudahan rawatan COVID-19 dijangka sekitar S$4,500 (RM13,815) untuk penjagaan tujuh hari.

"Bagi Warga Singapura, selepas subsidi dan MediShield Hayat, bayaran bersama adalah sekitar S$1,000 (RM3,070)," tambahnya.

MOH menyatakan pelawat dan pemegang pas lawatan jangka pendek kini dikenakan bayaran untuk penginapan di kemudahan pengasingan masyarakat.

Buat masa ini, mereka yang tidak divaksin yang merupakan warga Singapura, penduduk tetap, dan pemegang pas jangka panjang serta tidak melakukan perjalanan dalam tempoh 14 hari sebelumnya tidak dikenakan bayaran untuk penginapan (di kemudahan pengasingan masyarakat) sekiranya diperlukan.

Kerajaan  akan membiayai bil perubatan mereka yang sudah mendapat satu dos vaksin sehingga 31 Disember untuk memberi mereka masa mendapatkan vaksin kedua, menurut MOH awal minggu ini. - Berita Mediacorp

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar