web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


COVID 19: Majikan Pemegang Permit Kerja Bukan Warga Malaysia Boleh Kongsi Kos

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 12 Nov 2021 2:19PM

Gambar dari Berita Mediacorp

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Majikan sedia ada bagi pemegang permit kerja bukan warga Malaysia yang memindahkan mereka ke majikan seterusnya boleh berkongsi kos menjalani Notis Jangan Keluar Rumah (SHN) dan ujian-ujian berkaitan dengan COVID-19 berkuat kuasa serta-merta.

Kos-kos sedemikian boleh dikongsi jika tempoh pemindahan dibuat dalam masa 12 bulan setelah SHN selesai dijalani, menurut Kementerian Tenaga Manusia (MOM) hari ini 

Satu lagi kriteria adalah majikan sedia ada tidak boleh menerima lebih daripada jumlah yang dibayar untuk SHN dan ujian COVID-19 dan kedua-dua majikan mesti menandatangani perjanjian bertulis yang harus dikekalkan selama setahun.

MOM menyarankan supaya majikan sedia ada menanggung kos pada kadar pro rata mengikut tempoh penggajian pekerja dalam tempoh 12 bulan.

Para majikan juga boleh menentukan peruntukan sendiri kos mengikut persetujuan bersama, ia menambah.

MOM menyatakan aturan perkongsian kos itu tertakluk kepada para majikan yang mengizinkan untuk memindahkan pemegang permit kerja.

"Memandangkan para pemegang permit kerja warga Malaysia boleh menukar majikan tanpa perlu mendapatkan izin majikan, pilihan perkongsian kos sedemikian tidak dikenakan ke atas para majikan," menurut MOM.

Sebaliknya, para majikan pemegang permit kerja warga Malaysia boleh mempertimbangkan untuk menetapkan syarat kontrak seperti tempoh penggajian minimum atau tempoh notis untuk berhenti kerja, menurut MOM.

Syarat-syarat sedemikian harus dipersetujui oleh kedua-dua majikan dan pekerja dan "mempunyai tempoh munasabah" seperti tiga hingga enam bulan bagi tempoh penggajian minimum, ia menambah.

Jika pekerja itu melanggar syarat pekerjaan, mereka perlu membayar balik kos notis SHN dan ujian-ujian berkaitan COVID-19 kepada majikan mereka, menurut MOM.

Bayaran balik itu boleh dilakukan secara separuh atau sepenuhnya, bergantung kepada tempoh perkhidmatan mereka, menurut MOM.

Tempoh permit kerja adalah sehingga dua tahun dan ia bagi para pekerja yang datang dari negara-negara sumber diluluskan yang bekerja dalam sektor binaan, perkilangan, limbungan kapal marin, pemproses atau perkhidmatan. - Berita Mediacorp

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 hari yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

Bekas Ahli PKR Jadi Calon Bersama, PH Tak Goyang, Fokus Untuk Menang - Mat Sabu

oleh Sophia Ahmad