web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Wisma Putra Pantau Perkembangan Kes Hukuman Mati Tahanan Malaysia Di Singapura

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 03 Nov 2021 12:21PM

Nagaenthran Dhamalingam - Gambar dari smh.com.au

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Luar melalui Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura akan terus memantau perkembangan kes pelaksanaan hukuman mati ke atas tahanan warganegara Malaysia, Nagaenthran Dhamalingam dan akan menghulurkan bantuan konsular yang sewajarnya kepada Nagaenthran dan keluarga.

Menteri Luar, Datuk Saifuddin Abdullah dalam suatu kenyataan hari ini berkata, beliau juga telah mengutus surat kepada Menteri Luar Singapura berkenaan dengan kes tersebut.

Saifuddin berkata beliau juga telah menerima surat daripada organisasi Anti-Death Penalty Asia Network (ADPAN) melalui Ahli Parlimen Petaling Jaya, Maria Chin Abdullah yang memberitahu tentang pelaksanaan hukuman tersebut serta memohon supaya Kementerian Luar membangkitkan kes itu kepada kerajaan Singapura. 

Nagaenthran ditahan pihak berkuasa Singapura pada 22 April 2009 atas kesalahan penyeludupan dadah jenis diamorphine seberat 42.72 gram dan dijatuhkan hukuman mati oleh Mahkamah Tinggi Singapura pada 22 November 2010.

Proses rayuan melalui mahkamah telah pun dibuat sehingga ke peringkat akhir iaitu melalui permohonan Pengampunan Presiden (Presidential Clemency). Bagaimanapun, permohonan tersebut telah ditolak pada 1 Jun 2020. - Bernama

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

Manifesto PH Senarai 10 Agenda, Pengangguran Antara Perincian Utama - Dr Zaliha

oleh Sophia Ahmad

Politik 23 jam yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 22 jam yang lalu

68,900 Masih Hilang, Krisis Venezuela Semakin Parah

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad