Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Tak Daftar Untuk Perkhidmatan Negara, Pemain EPL Singapura Lakukan Kesalahan

Singapura Dikemaskini 2 tahun yang lalu ยท Diterbitkan pada 30 Oct 2021 10:00AM

Harry Birtwistle - Gambar dari Wolverhampton Wanderers

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Warga Singapura, Harry Birtwistle, yang bermain untuk sebuah kelab bola sepak Liga Perdana England, telah melakukan kesalahan di bawah Akta Pendaftaran Negara kerana gagal berdaftar untuk Perkhidmatan Negara (NS) seperti yang diwajibkan, serta tinggal di luar negara tanpa permit keluar negara yang sah, menurut Kementerian Pertahanan (MINDEF) pada Jumaat.

Menjawab pertanyaan media, MINDEF juga menyatakan ia telah menolak permohonan ibu bapa Birtwistle untuk melepaskan status kerakyatannya.

"Permohonannya ditolak kerana melepaskan kerakyatan tidak harus digunakan sebagai cara untuk mengelak tanggungjawab NS," tegas MINDEF.

Birtwistle pada Rabu menandatangani perjanjian tiga tahun dengan Wolverhampton Wanderers, menjadi pemain kelahiran pertama Singapura yang menandatangani kontrak profesional untuk bermain dengan sebuah kelab Liga Perdana England.

Pemain pertahanan berusia 17 tahun itu berpindah dari Singapura ke England pada 2017 apabila menandatangani biasiswa dengan kelab itu.

Dia memberitahu The Straits Times bahawa impiannya adalah untuk menjadi pemain bola sepak EPL, namun impian itu kini mungkin musnah dengan perkembangan terbaru itu.

MINDEF menegaskan bahawa semua lelaki warga Singapura dikehendaki menjalani NS apabila mereka berusia 18 tahun atau ke atas dan Birtwistle ialah warga Singapura yang memegang pasport Singapura.

"Dalam komunikasi antara keluarganya dengan MINDEF, mereka telah menyatakan bahawa Birtwistle tidak akan mendaftar untuk NS," menurut MINDEF.

Cabaran yang dihadapi Birtwistle adalah serupa dengan apa yang dilalui Ben Davies, seorang lagi pemain bola sepak muda Singapura yang telah menandatangani kontrak untuk bermain dengan Kelab Bola Sepak Fulham.

Permohonannya untuk menangguhkan pendaftaran NS pada 2018 ditolak oleh MINDEF, yang menegaskan beliau tidak "memenuhi kriteria penangguhan jangka panjang daripada NS sepenuh masa".

Bapanya Harvey Davis telah memohon pengecualian khas untuk anaknya, dengan alasan bahawa kejayaannya di Eropah akan menjadi inspirasi bagi Singapura.

Bagaimanapun, MINDEF menyatakan tindakan beliau itu "bertujuan untuk melanjutkan kerjaya profesionalnya sendiri, bukan atas kepentingan negara". - Berita Mediacorp

Sorotan

1

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

2

DNB Telus Dalam Jalankan Operasi

3

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

4

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

5

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

6

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Beras, Barang Dapur Dibakar Adalah Stok Simpanan Yang Rosak - Ismail

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 jam yang lalu

Anwar Beri Penghormatan Terakhir Kepada Mendiang Joseph Kurup

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Tumpas Sindiket Bekal Sistem Rekod, Kira Wang Kepada Pusat Panggilan

Semasa 21 jam yang lalu

Berita Baik Untuk Penjawat Awam 1 Mei Nanti?

oleh Fida Ruzki