Berita Terkini

2 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 2 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Warga Malaysia Di Singapura Mahu Pulang, Namun Berbelah-Bahagi

Singapura Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 Oct 2021 11:44AM

Tambak Johor - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Rakyat Malaysia yang bekerja di Singapura mengalu-alukan kelonggaran sekatan perjalanan namun mereka masih ragu-ragu untuk menempah tiket pulang kerana bimbang dengan cabaran pentadbiran.

Rata-rata yang ditemui Mediacorp mengakui teruja untuk balik kampung namun bimbang jika peraturan berubah.

Pada Sabtu, Malaysia dan Indonesia merupakan antara beberapa destinasi yang dikemas kini kepada Kategori III di bawah senarai langkah sempadan Singapura berdasarkan risiko COVID-19.

Sekatan kuarantin juga dilonggarkan bagi kategori tersebut, dengan pelawat dibenarkan menjalani notis jangan keluar rumah (SHN) di tempat kediaman masing-masing, tanpa perlu ke sebuah kemudahan khas.

Menurut seorang rakyat Malaysia di Singapura, Michelle Ng yang juga anggota pengasas kumpulan sembang Telegram 'Malaysians Working in Singapore', dia teringin untuk pulang ke Kuala Lumpur.

''Saya begitu mendambakan untuk pulang ke sana," kata Ng, 38 tahun, yang sebelum ini pulang ke Malaysia empat hingga lima kali setahun.

Dia yang akan menyerahkan permohonan untuk mengatur lawatan dua minggu pada November ini bagaimanapun masih tetap bimbang.

"Secara jujur, pada ketika ini, apa-apa sahaja boleh berlaku dan kami tidak tahu sama ada peraturan boleh berubah sekali lagi," kata Ng yang kini bekerja dalam industri teknologi kesihatan.

Bagaimanapun bagi seorang lagi rakyat Malaysia, Serene Yap, dia memutuskan untuk tidak pulang ke tanah air kerana cabaran pentadbiran yang rumit.

"Saya bekerja dalam sektor runcit, jadi tentu sekali saya tidak boleh bekerja dari rumah (semasa tempoh kuarantin). Saya perlu ambil cuti sendiri ... cuti tahunan saya tidak banyak, jadi saya perlu fikirkan caranya,'' katanya.

Serene, 40 tahun, yang mengendalikan sebuah kedai barang emas, sebelum ini pulang ke Johor Bahru setiap hujung minggu untuk melawat bapanya.

Sebaliknya, sesetengah warga Singapura yang tinggal di Malaysia pula keberatan untuk pulang kerana mereka tidak mempunyai tempat tinggal untuk menjalani SHN.

Ini termasuk Jamaludin Abdul Ghani, pesara berusia 58 tahun, yang ingin melawat keluarganya di Singapura, termasuk dua orang cucu yang belum ditemuinya.

''Anak perempuan saya akan berpindah ke rumah baru dan agak leceh baginya untuk menyediakan tempat bagi saya menjalani kuarantin. Anak-anak saya yang lain tinggal di flat tiga bilik dan juga mempunyai anak, jadi tidak ada tempat untuk saya."

"Cucu-cucu saya masih kecil. Jika mereka terkena virus daripada saya, saya akan menyesalinya seumur hidup,'' katanya.

Syarat menjalani kuarantin selepas pulang ke Malaysia juga merupakan satu lagi cabaran, kerana isterinya menghidap penyakit kronik manakala ibu mertuanya juga sudah lanjut usia. Perbelanjaan untuk menginap di hotel pula menelan belanja yang tinggi, katanya.

"Jadi kita harus bersabar... Tunggu dan lihat, apakah hasil seterusnya (jika peraturan dilonggarkan lagi)," kata Jamaludin yang menetap di Kuala Lumpur. - Berita Mediacorp

Sorotan

1

Malaysia, Thailand Tingkatkan Kerjasama Perangi Jenayah Rentas Sempadan

2

Lelaki Sindrom Down Melecur Disimbah Air Panas Dalam Lif

3

8 Aksi Pramusim Digunakan Untuk Uji Sistem VAR - Stuart

4

Misi Hantar Bantuan Kemanusiaan Ke Gaza Dengan Kapal Tetap Diteruskan - Ann Wright

5

PRK Kuala Kubu Baharu: Kerajaan Perpaduan Ada Kaedah Pastikan Calon Menang

6

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber

7

Pelajar Sekolah Meninggal Dunia Ketika Acara Larian Rentas Desa

Disyorkan untuk anda

Politik 1 hari yang lalu

PRK DUN Kuala Kubu Baharu: Calon Atas Nama Kerajaan Perpaduan, Bukan Parti - Zamry

Sukan 1 hari yang lalu

Jangan Abai Peruntukan Untuk Pembangunan Sukan - Hannah

Semasa 1 hari yang lalu

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

Sukan 19 jam yang lalu

Pemain Badminton Negara Pamer Kekuatan Mental Menjelang Piasa Thomas, Uber