web statsweb stats

Berita Terkini

2 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 6 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Roti Kaya, Nasi Lemak Hiasi Syiling Iktiraf Budaya Penjaja Singapura

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Oct 2021 3:03PM

Gambar dari Berita Mediacorp

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Penguasa Kewangan Singapura (MAS) pada Rabu melancarkan syiling peringatan bagi memaparkan budaya penjaja Singapura.

Syiling itu dilancarkan bagi meraikan pengiktirafan budaya penjaja Singapura dalam senarai Warisan Budaya Tidak Ternilai UNESCO pada Disember lalu, menurut MAS dalam satu kenyataan media.

Ia menambah dua versi syiling itu, syiling zink bersalutkan nikel dan syiling perak, akan dikeluarkan pada 12 November.

MAS menyatakan reka bentuk syiling itu menunjukkan "tiga ciri" budaya penjaja di Singapura. Penguasaan kemahiran kulinari oleh para penjaja, gambaran masyarakat majmuk Singapura dan bagaimana pusat penjaja berfungsi sebagai ruang makan masyarakat untuk semua orang.

"Reka bentuk itu memperlihatkan kesungguhan empat penjaja dari pelbagai latar belakang budaya melakukan seni mereka, memberi penghormatan kepada penjaja yang bekerja keras untuk melayani masyarakat," terang MAS.

Bahagian depan syiling itu menunjukkan sajian kegemaran setempat seperti mi Hokkien, nasi lemak, roti prata dan rojak India serta roti kaya yang disajikan bersama telur separuh masak serta kopi.

Semua itu berlatar belakangkan pengunjung yang duduk makan di sebuah pusat penjaja.

Bahagian belakangnya, yang merupakan wajah utama syiling, menampilkan Lambang Singapura (jata) dengan tahun 2021.

Senarai Perwakilan UNESCO bagi Warisan Budaya Manusia Tidak Ternilai bertujuan meningkatkan kesedaran mengenai kepentingan pelbagai amalan dan penghargaan budaya serta memberi pengiktirafan sewajarnya kepada amalan dan adat resam masyarakat di seluruh dunia.

Budaya penjaja Singapura tersenarai dalam senarai itu pada 16 Disember 2020.

Penyenaraian itu,  yang pertama buat Singapura, dicapai dua tahun selepas hasrat untuk mencalonkan budaya penjaja bagi senarai UNESCO diumumkan pada Rapat Umum Hari Kebangsaan 2018. Dokumen pencalonan diserahkan kepada UNESCO pada Mac 2019. - Berita Mediacorp

Sorotan

1

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

2

2 Rentung, BMW Terbabas Rempuh Pembahagi Jalan

3

Proses Penamaan Calon Selesai, Dr Maszlee Hadapi Saingan 5 Penjuru

4

Bayi Perempuan 11 Bulan Maut: Pengasuh Direman Bantu Siasatan

5

Saman Vinod Sekhar: ‘Tiada Kes Untuk Dijawab' - Mahkamah Tinggi

6

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Warga Pakistan Menyamar Doktor Ditahan, Klinik Swasta Disyaki Jual MC Palsu

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Zahid, Hishammuddin Iringi Onn Hafiz Serah Borang Pencalonan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

Onn Hafiz Tekad Pertahan Machap, Berdepan Calon Baharu PH

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 13 jam yang lalu

Puad Zarkashi Tempelak Akmal Saleh, Dakwa Salah Faham Konsep ‘Parti Keluarga’ 

oleh Sophia Ahmad