web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Singapura Lapor Lebih 2,000 Kes Baharu COVID-19, 5 Kematian Semalam

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 Sep 2021 11:25AM

Pekerja kesihatan melakukan ujian saringan COVID-19 kepada seorang pekerja barisan hadapan di Singapura pada 10 Jun. - Gambar AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Singapura pada Selasa (28 September)  melaporkan 2,236 kes baharu  COVID-19, buat pertama kali melepasi angka 2,000 sejak wabak itu bermula tahun lalu.

Menurut Kementerian Kesihatan Singapura 1,711 kes dikesan dalam komuniti, 515 di asrama pekerja migran dan 10 kes import.

Berdasarkan data terkini, 1,325 kes kini ditempatkan di hospital antaranya 209 adalah kes serius yang memerlukan bantuan oksigen dan 30 dirawat di unit rawatan rapi (ICU).

Sejak 28 hari lalu, daripada 24,005 individu yang dijangkiti, 98.0 peratus tidak mengalami atau bergejala ringan, 1.7 peratus memerlukan bantuan oksigen, 0.2 peratus di ICU dan 0.1 peratus pesakit meninggal dunia.

Kementerian itu memaklumkan lima lagi kes - kesemuanya warga emas Singapura - telah meninggal dunia akibat komplikasi COVID-19 pada Selasa, menjadikan jumlah korban untuk bulan ini sebanya 30 orang.

Pada 27 September, sebanyak 82 peratus penduduk sudah lengkap dua dos vaksin COVID-19 dan 85 peratus lagi menerima sekurang-kurangnya satu dos.

Singapura sudah memberikan sejumlah 9,128,419 dos vaksin Pfizer-BioNTech Comirnaty dan Moderna di bawah program vaksinasi kebangsaan termasuk 172,090 dos penggalak.

Di samping itu, 194,270 dos vaksin lain yang diiktiraf untuk penggunaan kecemasan Pertubuhan Kesihatan Sedunia telah diberikan kepada 97,311 individu.

Sehingga tengah hari Selasa, jumlah kes di republik ini sebanyak 91,775 dengan 15,469 kes aktif dan 85 kematian. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

Tarif Balas AS: Malaysia Hantar Wakil Cari Jalan Penyelesaian - PM

2

Singapura 1 tahun yang lalu

Singapura Bubar Parlimen Menjelang Pilihan Raya, Hari Penamaan Calon 23 April

3

Politik 1 tahun yang lalu

Malaysia - Singapura Komited Selesai Isu Berbangkit, Tertunggak - Anwar

4

Jelajah 1 tahun yang lalu

Lembaga Pelancongan Sarawak Promosi Pakej Menarik Di NATAS Holidays 2024, Singapura

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Terima 153 Laporan Terhadap Puad Zarkashi

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

oleh Sophia Ahmad