web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bekas pemain bola sepak Singapura 'Mat Noh' Meninggal Dunia

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 Sep 2021 8:00PM

Allahyarham Mohamed Noh Hussein - Gambar dari Berita Mediacorp

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Bekas pemain bola sepak kebangsaan Singapura, Mohamed Noh Hussein meninggal dunia hari ini selepas mengalami serangan jantung pada pagi Ahad.

Dalam kemas kini di Facebook, Persatuan Bola Sepak Singapura (FAS) amat dukacita dengan berita pemergian bekas anggota pasukan kebangsaan berusia 67 tahun itu.

Dikenali sebagai "Mat Noh" dalam kalangan generasi peminat pada 1970-an, FAS menyatakan penyerang mahir itu sering menghiburkan peminat dengan kehebatan mempesonakan dan aksi lincahnya ketika di atas padang.

"Beliau adalah mimpi ngeri untuk pemain lawannya, dan membantu pasukannya memenangi Piala Malaysia 1977," menurut kemas kini itu.

FAS menyatakan Mat Noh juga terkenal kerana menghadiahkan gol kemenangan untuk mendahului 1-0 pada pusingan pertama kelayakan Piala Dunia pada 6 Mac 1977, menerusi sepakan penalti di Stadium Kallang ketika menentang pasukan Malaysia yang ketika itu dianggap antara pasukan terbaik di Asia.

“Salam takziah kami ucapkan kepada keluarga beliau”.

Terdahulu, media tempatan melaporkan bekas pemain sayap itu berada dalam keadaan kritikal di Hospital Awam Sengkang.

Sementara itu, penyanyi veteran Singapura, Rahimah Rahim yang pernah mendirikan rumah tangga bersama Mat Noh selama 11 tahun turut bersedih.

“Saya dan keluarga dengan sedih hati ingin memberitahu Mohd Noh Hussin, 67 tahun, telah pulang ke rahmatullah.

“Semoga Roh Allahyarham di tempatkan bersama orang-orang yang beriman dalam rahmat Allah SWT. Terima kasih semua atas doa buat Allahyarham,” tulis beliau di Facebooknya yang disertakan dengan foto Mat Noh. 

Pasangan itu bercerai pada 1988. - Bernama

Sorotan

1

Venezuela Isytihar Darurat Selepas 2 Gempa Bumi Kuat Landa Negara

2

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

3

Onn Hafiz Nafi Dakwaan Puad, Umno Johor Buat Laporan Polis

4

Mohd Puad Zarkashi Umum Keluar UMNO Serta-Merta, Dakwa UMNO Johor Hilang Autonomi

5

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

6

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Remaja Punca Nahas Ragut 3 Nyawa Dihantar Ke Sekolah Henry Gurney

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: BN Buat Kejutan, Dr Adham Baba Kembali Bertanding

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

5 Remaja Ditahan Bantu Siasat Kes Gangguan Seksual Terhadap Kanak-Kanak

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad