web statsweb stats

Berita Terkini

1 minggu yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 minggu yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Rakyat Malaysia Di Singapura Perlu Baharui Pasport 6 Bulan Sebelum Tarikh Luput

Singapura Dikemaskini 4 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 06 Sep 2021 9:52PM

Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Suruhanjaya Tinggi Malaysia di Singapura menasihati rakyat Malaysia di republik itu untuk memohon/memperbaharui pasport mereka sekurang-kurangnya enam bulan sebelum tarikh luput.

Menurut Suruhanjaya Tinggi itu pihaknya mengalami peningkatan drastik  permohonan/pembaharuan  pasport berikutan pelaksanaan langkah-langkah kawalan sempadan oleh Malaysia dan Singapura sejak April 2020.

Dalam kemas kini di Facebooknya hari ini, Suruhanjaya Tinggi menyatakan sejumlah 60,387 pasport dikeluarkan pada 2020 berbanding 24,000 pasport pada 2019, meningkat 151 peratus.

Sementara itu, sejak Januari 2021, sejumlah 69,993 pasport telah dikeluarkan setakat ini.

Tempoh pemprosesan permohonan/pembaharuan pasport di Suruhanjaya Tinggi adalah lapan minggu, "dengan syarat semua dokumen sokongan yang diserahkan lengkap."

Rakyat Malaysia diingatkan bahawa permohonan/pembaharuan pasport dan pengambilan di Suruhanjaya Tinggi "hanya menerusi janji temu sahaja" selaras dengan langkah-langkah kesihatan yang ditetapkan Singapura.

Pasport perlu segera diambil sebaik mendapat pemberitahuan dari Suruhanjaya Tinggi.

Pihak Suruhanjaya Tinggi juga telah mengambil pelbagai inisiatif untuk mengendalikan peningkatan drastik permohonan/pembaharuan dan pengambilan pasport.

Antaranya, waktu perkhidmatan kaunter dilanjutkan sehingga 7 malam sejak Julai 2020; pencetakan pasport di Pejabat Imigresen di Johor sejak September 2020; dan pelaksanaan sistem e-janji temu dan sistem ‘dropbox’ sejak Februari 2021. - Bernama

Sorotan

1

Pengawal Keselamatan Dipenjara 8 Bulan, Denda RM50,000 Hina Agong 

2

Pertikaian Peribadi, Hubungan Cinta Jadi Punca Pembunuhan Pelajar IPTS

3

Memanipulasi Tradisi Sebagai Alat Kuasa, Siapa Sebenarnya Mengaut Untung?

4

Prosiding Kes Bapa Rogol Anak Ditangguh, Tunggu Laporan Perubatan

5

Program Mobiliti Antarabangsa Accountants UMK Beri Pendedahan Menyeluruh, Kenali Realiti Dunia Akauntan

6

PRN Johor: Mantan Menteri, Exco, Ahli Parlimen Antara 56 Calon PH

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Dadah Sintetik Jadi Ancaman Utama, Pantai Timur Paling Terjejas

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

BN Tak Mahu Kerajaan Gabungan, Bergerak Solo Jika Menang PRN - Onn Hafiz

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Amang Seksual Fizikal Bekas Murid, Guru Hadap 2 Pertuduhan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Perdagang Remaja Untuk Eksploitasi Seksual: Wanita Indonesia Dipenjara 6 Tahun 

oleh Sophia Ahmad