Berita Terkini

21 jam yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 1 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Artis Singapura Menambah Rezeki Dari Rumah

Artis Singapura membuka perniagaan makanan dari rumah? Walaupun tidak ramai, tetapi memang ada. Mari kenali mereka bersama Freda Hassan.

Singapura Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 05 Sep 2021 12:15PM

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

Jarang anda mendengar artis-artis Singapura berniaga dari rumah, sama ada menjual makanan termasuklah kuih-muih atau produk lain ketika pandemik ini.

Mungkin juga disebabkan kebanyakan mereka bekerja sepenuh masa atau tiada keperluan untuk menceburi perniagaan dari rumah setakat ini.

Sekiranya ada pun, berkemungkinan ia dilakukan sebagai hobi atau untuk mengisi masa lapang mereka. Boleh jadi juga kerana mereka mahu menyertai rakan-rakan artis dari Malaysia yang membuka gerai di pameran atau ekspo di Singapura. Itu semua cerita sebelum COVID-19. 

Namun, pencarian penulis berjaya menemui dua penyanyi Singapura iaitu Nana Karia serta pasangan suami isteri penyanyi Erma Maulood dan suaminya, Idi Hakim yang berniaga dari rumah.

 

Nana Karia

Penyanyi versatil yang muncul dengan single terbabarunya yang berjudul 'Kemesraan' ini hanya menjalankan perniagaan menjual kek lapis Coffee Princess ini secara kecil-kecilan sahaja.

Keluarganya mempunyai latar belakang perniagaan makanan menjual nasi rawon dan kedai makan di Jalan Tun Ali, Melaka pada tahun lewat 90-an dulu.

Nana selalu membantu arwah nenek dan datuknya mengendalikan kedai. 

Katanya, “Saya mula belajar buat kek lapis sebelum berkahwin. Tak sangka, pejam celik dah 7 tahun rupanya. Pada mulanya, saya berniaga membuat kek lapis sebagai buah tangan untuk ahli keluarga dan teman-teman rapat sahaja.”

Untuk setiap Ramadan pula, Nana menghadkan hanya 25-30 buah kek lapis sahaja kerana dia membuatnya sendiri tanpa sebarang pembantu. 

Ia bertujuan untuk menjaga kualiti kek lapis tersebut sambil sibuk menguruskan keluarga dan kerjaya.

Resipi kek lapis Nana Karia adalah dari ibu mertuanya yang turut mengajarnya untuk membuat kek lapis dengan cara yang betul.

Mengapa kek lapis tanya penulis kepadanya?   

“Saya memang gemar makan kek lapis. Saya akan pastikan apa yang saya jual adalah produk yang saya sendiri sudah merasa dan suka makan. Kalau sesuatu produk itu tidak menepati citarasa saya, saya tidak berani nak jual pada umum. Namun saya akur bahawa citarasa manusia semuanya berbeza dan adakalanya citarasa saya tak selari dengan citarasa orang lain.”

Kesemua tempahan kek lapis dibuat tanpa menggunakan ‘pressing kits’.

Terang Nana, keistimewaan kek lapisnya terletak pada penggunaan bahan-bahan asas premium dan teknik pembuatan 'cara lama'  agar ia dapat memberikan sentimen nostalgia pada setiap kek lapis yang dihasilkan.

“Saya lebih selesa memandangnya sebagai perniagaan berterusan. Selagi ada yang menempah, selagi itu saya bakar kek lapis,” katanya kepada kami.

Instagram: Nana Karia

 

Erma Maulood dan Idi Hakim

Pasangan suami isteri ini masih kekal relevan dalam industri hiburan di Singapura meskipun Erma Maulood pernah diduga dengan penyakit kanser limfoma beberapa tahun lepas.

Idi Hakim sinonim dengan duo Dinodi menerusi lagu mereka 'Cinta Tragika' dan 'Ku Putuskan Kasih Cinta'. Erma pula sempat muncul dengan lagu baru berjudul 'Sebuah Cinta Agung.'

Kerjaya nyanyian mereka dilengkapkan juga dengan lagu duet 'Setia Cinta' yang seakan-akan membayangkan kesetiaan mereka sebagai pasangan suami isteri.

Erma dan Idi mempunyai perniagaan berasaskan rumah yang dikenali sebagai Pondok Makan yang telah dimulakan sejak Disember 2019.

Antara menu yang harus dicuba ialah mini-tart, shepherds pie, Mac and Cheese, roti boyan dan nasi briyani mereka.

Kalau di Singapura, roti boyan adalah satu kebiasaan. Ia seakan-akan murtabak dengan intinya persis bagedil.  Kulitnya seperti kulit epok-epok Singapura. Enak dimakan dengan sambal tumis untuk sajian petang.

“Roti boyan dan mini-tart paling digemari ramai. Saya mempunyai passion untuk memasak kerana sejak kecil mak ajar saya memasak dan minat itu ada sampailah sekarang.”

Erma mengatakan beliau ingin menambah pendapatan dengan perniagaan dari rumah tersebut. Tambahnya, “Saya siapkan sendiri kesemua tempahan yang kami terima.”

Idi pula akan membantu membungkus makanan dan mengatur pesanan yang telah dibuat oleh pelanggan.

“Sekarang ini kami rehat seketika untuk menjaga bayi kami yang baru lahir. Insya-Allah kami akan rakam duet terbaru kami pada tahun 2022 nanti.” - Getaran, 5 September 2021

Instagram: Pondok Makan

Gambar: Ihsan Nana Karia dan Pondok Makan

Isu Pada

Cinta Dan Cita Amelia Henderson

04 Sep 2021

Berita Berkaitan

1

Luar Negara 2 bulan yang lalu

Makanan Di Gaza Tidak Mencukupi - Agensi PBB

2

Video & Galeri 6 bulan yang lalu

Jom Makan-Makan Di Ipoh? Wajib Cuba 4 Restoran Ini!

3

TARA 7 bulan yang lalu

Resipi Berzaman Lahirkan Perpaduan

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Makanan Macam 'Goodies' Majlis Kahwin, MAB Jadi Bahan Lawak Penumpang

Sorotan

1

PRK DUN KKB : Aspek Ekonomi Antara Fokus Kerajaan Perpaduan Sepanjang Kempen

2

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

3

Pang Sock Tao Calon Kerajaan Perpaduan Bagi PRK Kuala Kubu Baharu

4

KPU Indonesia Isytihar Prabowo, Gibran Presiden Dan Naib Presiden 2024-2029

5

Amalan Pemakanan Tidak Sihat, Kurang Aktiviti Fizikal Punca Utama Obesiti - Dr Dzulkefly

6

642 Pegawai, Anggota Polis Selangor Bertugas Pastikan Kelancaran PRK Kuala Kubu Baharu

7

Jamaica Secara Rasmi Iktiraf Palestin Sebagai Sebuah Negara

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Sungai Golok Surut, Tidak Mustahil Wujud Pangkalan Haram Baharu – Kastam

Semasa 20 jam yang lalu

Hafizul Hawari Hadapi 7 Pertuduhan

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

1MDB: Mahkamah Akan Tentukan Sama Ada Pendakwaan Berjaya Buktikan Kes – Hakim

Semasa 1 hari yang lalu

Sultan Selangor Turut Berdukacita Nahas 2 Helikopter TLDM

oleh Diyana Nawwar