Berita Terkini

11 jam yang lalu: Tokoh Wartawan Negara 2014 Datuk Ahmad Rejal Arbee meninggal dunia awal pagi hari ini - isteri Allahyarham, Datin Noraini Shariff. 3 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 6 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 1 minggu yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 1 minggu yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke

IKUTI KAMI


Singapura: Jururawat Islam Dibenar Pakai Tudung Mulai 1 Nov

Singapura Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 Aug 2021 7:13AM

Petugas kesihatan Singapura - Gambar NUHS

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

SINGAPURA - Mulai 1 November, Kementerian Kesihatan (MOH) akan menyemak semula dasar bagi pakaian seragam dalam sektor jagaan kesihatan.

Ini bagi membolehkan kakitangan dan jururawat wanita Muslim untuk memakai tudung sebagai tambahan kepada seragam mereka, jika mereka mahu.

Dasar yang disemak semula itu akan melibatkan lebih 7,000 wanita Muslim yang bertugas sebagai kakitangan beruniform dalam sektor jagaan kesihatan.

Sektor itu termasuk kelompok jagaan kesihatan awam, iaitu SingHealth, National Healthcare Group (NHG) dan Sistem Kesihatan Universiti Nasional. Ini selain Lembaga Penggalak Kesihatan (HPB), Penguasa Sains Kesihatan (HSA), Vanguard Healthcare dan Ministry of Health Holdings.

"Tudung akan menjadi tambahan kepada pakaian seragam. Ini akan dibenarkan dalam peraturan pakaian yang disemak semula, yang akan dikeluarkan oleh institusi-institusi tersebut," menurut MOH dalam kenyataan medianya.

Peraturan pemakaian itu berdasarkan garis panduan pelaksanaan dan klinikal yang dibangunkan oleh Jawatankuasa Panduan Pelaksanaan (ISC) dan Panel Penasihat Klinikal (CAP) yang dilantik MOH.

Menurut MOH, jawatankuasa tersebut terdiri daripada para wakil dalam sektor-sektor jagaan kesihatan awam, masyarakat dan swasta, Kesatuan Pekerja Khidmat Jagaan Kesihatan (HSEU), Persatuan Karyawan Jagaan Kesihatan Muslim (MHPA) dan Majlis Ugama Islam Singapura (MUIS).

"Semasa menyiapkan garis panduan itu, jawatankuasa-jawatankuasa tersebut mengadakan rundingan menyeluruh dari April hingga Ogos tahun ini, dengan para pakar penyakit berjangkit, HSEU/AUSBE (Gabungan Kesatuan Kakitangan Lembaga Berkanun), ketua-ketua jururawat, pemimpin masyarakat Islam serta kakitangan jagaan kesihatan dalam pelbagai bidang dan agama," menurut kenyataan MOH.

"Kami sudah mendampingi secara meluas para pekerja dalam sektor jagaan kesihatan daripada pelbagai kaum dan agama untuk memahami pandangan mereka dan berunding dengan para pakar klinikal untuk melakar garis panduannya, sambil menimbangkan amalan-amalan sedia ada dari segi pemakaian tudung dalam persekitaran jagaan kesihatan di negara-negara lain.

"Saya yakin akan sikap profesionalisme berterusan dalam kalangan kakitangan jagaan kesihatan semasa menjalankan tugas mereka untuk menjaga dan memastikan bahawa piawai kawalan jangkitan terus di tahap tinggi," kata Timbalan Setiausaha (Pembangunan) MOH yang juga Pengerusi ISC, Dr Benjamin Koh.

SEKTOR SWASTA DIGALAK RUJUK DASAR SERAGAM SEKTOR AWAM

Entiti swasta, seperti pertubuhan-pertubuhan jagaan masyarakat dan penyedia jagaan kesihatan privet, digalak merujuk dasar pakaian seragam yang sudah disemak bagi sektor jagaan kesihatan awam, menurut MOH dalam kenyataannya.

Sektor privet juga digalak mempertimbangkan konteks pertubuhan masing-masing sebelum membuat keputusan.

"Institusi yang memutuskan untuk membenarkan kakitangannya memakai tudung perlu sejajar dengan garis panduan klinikal sebagai sebahagian daripada pencegahan jangkitan dan amalan-amalan terbaik keselamatan di tempat kerja.

Jurucakap Kementerian Tenaga Manusia (MOM) dalam kenyataannya juga menyatakan bahawa sektor swasta jagaan kesihatan digalak mengambil dasar sektor awam sebagai rujukan. Namun menekankan bahawa ia tidak wajib.

"Kakitangan sektor privet harus terus menetapkan peraturan pakaian seragam yang bersesuaian dengan jenis kerja mereka atau berdasarkan sebab-sebab operasi dan keselamatan. Sekiranya peraturan sedemikian tidak membolehkan pemakaian seragam atau lambang agama, para majikan mesti berkongsi aturan itu dan menjelaskan sebabnya kepada kakitangan dan pemohon kerja," menurut MOM. - BERITAmediacorp/NK/nk
 

Sorotan

1

Penggunaan Nombor Bil Sebagai Rujukan Bayaran CAPL Bermula 1 April - LHDN

2

Pasangan Suami Isteri, 2 Lelaki Didakwa Perdagang Wanita Malaysia Di Peru

3

Ada Keperluan Pinda Seksyen 21 Akta Polis - KPN

4

PM Ucap Selamat Raikan Good Friday, Easter Sunday Kepada Penganut Kristian

5

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia

6

Tular Titah Lama Sultan Nazrin, Dewan Negara Perak Buat Laporan Polis

7

Bas Terbalik Di Lebuhraya KLK: 2 Maut, 13 Cedera

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Program Buka Puasa Penjara Sandakan Berimpak Tinggi Libat Komuniti, Banduan

Semasa 1 hari yang lalu

6 Warga Asing Ditahan Dalam Operasi Di Kondominium Mewah

Semasa 1 hari yang lalu

Perlu Tadabbur, Fahami Gesaan Al Quran - PM

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 1 jam yang lalu

Singapura Rampas 1.5 Tan Produk Segar, Makanan Proses Dari Malaysia